Seorang lagi tertuduh didapati salah berkaitan 1MDB

SEORANG karyawan perbankan BSI, Yeo Jiawei, didapati bersalah atas keempat-empat tuduhan menganggu saksi dalam kes pengalihan wang secara haram berjumlah berbilion dolar yang didakwa disalahgunakan dari dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Daerah, Encik Ng Peng Hong, hari ini membuat keputusan itu terhadap Yeo selepas perbicaraan 12 hari yang berakhir bulan lalu, sedang tujuh lagi tuduhan, yang berkaitan penipuan, pengalihan wang secara haram dan pemalsuan, akan ditangani tahun depan.

Hukuman ke atas si pesalah akan diketahui esok. Difahamkan, pihak pendakwa memohon hukuman lebih berat berbanding biasa melihatkan kepada bentuk kesalahan yang dilakukan.

Yeo, 33 tahun, kerap menafikan dia punya hubungan rapat dengan ahli perniagaan Malaysia, Encik Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, yang juga sedang disiasat di sini dan di negara lain atas dakwaan pengalihan wang secara haram yang dikaitkan dengan 1MDB.

Yeo, seorang warga Singapura, telah diambil bekerja oleh bank berpangkalan di Switzerland, BSI, sebagai perancang kemewahan (wealth planner) di sini antara Disember 2009 dan Julai 2014.

Dia didakwa menggelapkan $26 juta dari pelbagai sumber, termasuk skim terlarang demi menipu BSI semasa dia bekerja di bank itu.

Yeo merupakan orang ketiga yang disabitkan dengan kesalahan berkaitan 1MDB yang disiasat pihak berkuasa Singapura.

Seorang lagi bekas karyawan perbankan BSI, Yvonne Seah Yew Foong, telah dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan didenda $10,000 kerana membantu memalsukan dokumen dan kerana gagal melaporkan transaksi yang mencurigakan, yang dipercayai berkaitan Jho Low.

Penyelia Seah, Yak Yew Chee, kini sedang menjalani hukuman penjara 18 minggu selepas mengaku salah bulan lalu atas kesalahan serupa.

Yeo dituduh memberi kemudahan bagi transaksi terlarang melibatkan 1MDB yang membawa kepada penutupan BSI di sini.

Satu tuduhan itu mendakwa, selerpas dia dilepaskan daripada ikat jamin polis, dia mengatur satu pertemuan pada 27 Mac tahun ini di Pergola Cafe di Swiss Club di Swiss Club Road, dengan sekutunya, Encik Samuel Goh Sze-Wei dan Encik Kevin Swampillai, ketua khidmat pengurusan kemewahan BSI.

Yeo didakwa sebagai memberitahu mereka agar berbohong kepada polis dengan menyatakan bahawa dana yang dipindahkan oleh Encik Goh ke Bridgerock Investment dan GTB Investment, yang dimiliki oleh Yeo dan Encik Swampillai merupakan pelaburan yang dibuat Encik Goh.

Selepas dia meninggalkan BSI, Yeo didakwa kekal melakukan transaksi terlarang berkaitan kes itu.

Ada diantaranya dipercayai dilakukan menerusi firma penyedia khidmat korporat dan guaman, Amicorp Group.

Yeo prihatin bahawa pekerja Amicorp Jose Renato Carvalho Pinto dan Mun Enci Aloysius, yang telah menerima arahan daripadanya berkaitan transaksi yang dibuatnya, akan diwawancara oleh CAD.

Beliau mendakwa sebagai telah menyatakan kepada Encik Carvalho untuk membuang komputer bimbitnya, dan "jangan pergi ke Singapura demi mengelak daripada disoalsiasat" oleh CAD.

Yep juga menghadapi tuduhan bersubahat dengan Encik Carvalho untuk memberitahu Encik Aloysius supaya berbohong bahawa dia tidak mengetahui urusan Teo dengan Amicorp jika dia disoal oleh pihak CAD.

Waktu Solat

Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.