Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Seorang lelaki maut, tujuh orang cedera dalam kemalangan kereta dan bas di Yishun

Jan 14, 2023 | 12:01 PM



SEORANG pemandu kereta GetGo maut selepas kenderaan itu bertembung dengan bas SBS Transit di Yishun pada Jumaat malam (13 Januari).



Lelaki berusia 31 tahun itu meninggal dunia di hospital, kata polis.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kemalangan itu di persimpangan Yishun Avenue 2 dan Yishun Central pada kira-kira 10.55 malam.



Video kemalangan itu yang tular di media sosial pada Sabtu menunjukkan pemandu kereta itu melepasi isyarat lampu merah dengan kenderaannya merempuh sebelah kanan bas berkenaan ekoran kelajuan tinggi.



SCDF berkata seorang lelaki ditemui terperangkap di tempat duduk pemandu kereta itu dan terpaksa diselamatkan oleh pegawai SCDF dengan menggunakan peralatan penyelamat hidraulik.



Tujuh orang telah dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat, tambah SCDF.



Pemandu itu tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital. Beliau kemudian disahkan meninggal dunia.



Enam penumpang bas lain, berusia antara 22 dengan 40 tahun, dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital, kata polis.



Pengendali transport SBS Transit berkata seorang lagi penumpang juga cedera. Bagaimanapun, akhbar The Straits Times difahamkan individu ini tidak dibawa ke hospital.



Naib Presiden Pengalaman Pelanggan dan Perhubungan SBS Transit, Cik Grace Wu, berkata kapten bas tidak cedera dan syarikat itu berhubung dengan enam penumpang yang menerima rawatan pesakit luar di hospital berkenaan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.



"Kami mengucapkan agr mereka cepat sembuh," katanya.



Sebagai menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, firma perkongsian kereta GetGo berkata: "Kami menyedari kejadian itu dan sedang membantu polis dalam siasatan."



Siasatan polis sedang dijalankan.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >