SATU orang meninggal dunia akibat kebakaran di ruang tamu dalam sebuah flat di Bukit Panjang tengahari tadi (Jumaat, 20 Nov).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia telah memberi respons kepada kebakaran di sebuah unit di tingkat 13 Blok 165 Gangsa Road pada 12.35 tengahari.
Pegawai SCDF terpaksa memecahkan pintu untuk memasuki unit yang terbakar itu, menurut laporan The Straits Times.
Mangsa kebakaran itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian. Masih tidak jelas umur dan jantina mangsa.