Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Setempat0

Seorang murid TKPS yang 'hilang' sebelum ini di Gunung Kinabalu sudah ditemui

Masih ada tujuh lagi murid dan dua guru yang belum dapat dihubungi
Jun 06, 2015 | 12:54 PM

SEORANG murid 12 tahun Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS) yang dilaporkan hilang di Gunung Kinabalu telah ditemui, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dala satu kenyataan sekitar 12.20 tengah hari tadi. MOE berkata murid itu kini sedang mendapatkan rawatan di Kota Kinabalu.

Ini bermakna, tujuh lagi murid TKPS dan dua guru masih lagi tidak dapat ditemui. Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan 29 murid dan lapan guru daripada sekolah tersebut yang ke Gunung Kinabalu untuk satu ekspedisi luar negara apabila gempa menimpa Sabah semalam.

 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map