Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Seorang pekerja Pusat Mata Nasional Singapura disalah beri lima dos vaksin Covid-19

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Seorang pekerja Pusat Mata Nasional Singapura disalah beri lima dos vaksin Covid-19

Feb 06, 2021 | 09:05 PM

Seorang kakitangan di Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC) telah disalah beri sehingga lima dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.
Ini berlaku semasa satu latihan vaksinasi pada 14 Januari, kata SNEC pada Sabtu (6 Feb). 
Kesilapan itu telah disedari dalam masa beberapa minit vaksinasi dijalankan ketika kakitangan itu sedang berehat di kawasan yang diperuntukkan.
“Para doktor kanan dimaklumkan dengan segera dan kakitangan itu diperiksa dan didapati sihat, tanpa sebarang kesan sampingan atau sebaliknya,” jelas SNEC.
Kakitangan itu kemudian diwadkan di Hospital Besar Singapura (SGH) bagi pemantauan lebih lanjut, sebelum dibenarkan pulang dua hari kemudian.
SNEC berkata ia sedang memantau dan berhubungan rapat dengan pekerja itu, yang tetap dalam keadaan baik.
Sebagai langkah berwaspada, latihan vaksinasi di SNEC dberhentikan dengan segera berikutan kesilapan itu.
Baki kakitangan SNEC menerima vaksin di SGH.
“Siasatan kami menunjukkan bahawa ia adalah kesilapan manusia kerana ada masalah perhubungan dalam kalangan pasukan vaksinasi, yang menyediakan dan memberikan suntikan pada masa itu,” kata pusat itu.
Tambah SNEC, pekerja yang bertanggung jawab dalam mencairkan vaksin itu telah dipanggil untuk menangani hal lain semasa persiapan vaksin itu.
Pekerja kedua kemudian telah tersilap fikir bahawa dos yang belum dicairkan dalam bebuli sudah sedia untuk diberikan.
Pihak SNEC telah memohon maaf kepada kakitangan yang terjejas serta keluarganya, kata Profesor Wong Tien Yin, yang merupakan pengarah perubatan pusat itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3