Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seorang warga tua terbunuh dalam kemalangan langgar lari di Tampines; keluarga merayu untuk saksi

Aug 21, 2019 | 05:00 PM



SEORANG LELAKI tua, Encik Peh Seng Yap, terbunuh sewaktu berbasikal di Tampines akibat kemalangan langgar lari yang melibatkan sebuah kenderaan berat pada hari Selasa (13 Ogos) minggu lepas, menurut laporan The New Paper (TNP).



Tahun ini merupakan tahun yang sangat gemilang baginya kerana dia dijangka meraikan ulang tahun ke-82nya esok, dan pada bulan November ini, dia sepatutnya akan menghadiri majlis perkahwinan bagi cucu lelakinya yang tertua serta kelahiran cicitnya yang keempat .



Keluarganya yang gelisah itu sedang merayu untuk mendapatkan lebih saksi selepas polis menahan suspek berusia 51 tahun kerana perbuatan cuainya itu telah menyebabkan kematian.



Kes itu diisytiharkan sebagai kemalangan langgar lari.



Polis berkata mereka dimaklumkan pada kemalangan yang telah berlaku di persimpangan Tampines Industrial Avenue 3 dan Tampines Avenue 10 kira-kira pada 1.20 petang 



Encik Peh dibawa ke Hospital Umum Changi di mana dia meninggal dunia.



Anak perempuannya, Cik Joyce Peh, 32, memberitahu The New Paper semalam (20 Ogos) bahawa tragedi itu telah merosakkan perayaan hari jadi bapanya.



Cik Peh berkata, bapanya sedang pulang ke rumah dari kuil yang berhampiran, sambil berbasikal untuk makan tengah hari.



Dia sering mengunjungi kuil itu untuk menyenderung tanaman sayurannya pada waktu pagi dan pada waktu petang lalu akan pulang ke rumah sebelum waktu makan malam.



Cik Peh berkata, "Keluarga saya ingin merayu pada saksi untuk cuba mendapatkan rakaman video tentang apa yang berlaku kepadanya."



Encik Peh, seorang bapa kepada tujuh orang anak dan datuk kepada 19 cucu, juga telah meninggalkan isterinya berusia 81 tahun.



Kata Cik Peh, kematiannya sangat menyedihkan bagi keluarga mereka, kerana bapanya tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius kecuali kolesterol tinggi yang sedang dirawat dengan teliti oleh ubat-ubatan.



Dia menambah, "Jika kemalangan ini tidak berlaku, dia akan meneruskan hidupnya tanpa sebarang masalah dan kami tidak mengharapkan dia pergi seperti itu."



Encik tidak sabar untuk menghadiri majlis perkahwinan cucu lelakinya yang tertua dan kelahiran cicitnya yang keempat pada November ini, menurut Cik Peh.



"Dia seorang yang sangat tradisional dan majlis pernikahan itu amat dinantikannya. Acara itu penting baginya kerana dia ingin melihat cucunya yang tertua menikah dan mungkin juga dapat melihatnya mendapat anak-anak pada masa hadapan nanti," kata Cik Peh.



Terdapat 776 kemalangan yang melibatkan kenderaan berat pada tahun lepas dan statistik polis menunjukkan bahawa jumlah itu telah meningkat daripada 765 pada tahun 2017.



Tetapi jumlah kemalangan maut yang melibatkan kenderaan berat jatuh dari 33 pada 2017 kepada 23 tahun lepas.



Menurut Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura, Bernard Tay, pemandu kenderaan berat harus berprihatin terhadap penunggang basikal atau pejalan kaki.



"Orang tua dan orang kurang upaya merupakan golongan yang paling terdedah pada kemalangan kerana mereka kurang waspada," katanya.


Jika anda mempunyai sebarang maklumat berkaitan kemalangan ini, hubungi hotline polis di 1800-255-0000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >