Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seoul Garden di Tampines diarah henti operasi selama 10 hari

Dec 05, 2020 | 08:11 PM



NATASHA MUSTAFA

nmustafa@sph.com.sg


RESTORAN Seoul Garden diarahkan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menghentikan  sepenuhnya operasi  selama 10 hari mulai Sabtu (5 Disember) cawangannya di Tampines Mall setelah siasatan menunjukkan restoran itu gagal mematuhi langkah pengurusan selamat (SMM).

MOH menjalankan siasatannya setelah seorang individu diuji positif bagi jangkitan Covid-19 selepas makan malam bersama 12 anggota keluarga lain di restoran tersebut pada 21 November lalu.

Dalam kenyataannya pada Sabtu, MOH berkata walaupun anggota keluarga duduk berasingan dan mengehadkan jumlah orang bagi satu meja kepada hanya lima orang, siasatan menunjukkan terdapat pergaulan antara mereka.

Restoran itu didapati tidak mengambil langkah yang wajar untuk mengelak pergaulan antara pelanggan di restoran itu.

Sementara itu, Lembaga Pelancongan Singapura (STB)  pula telah mengarahkan kedai kasut Foot Locker untuk menghentikan operasinya selama 10 hari mulai Sabtu (5 Disember) cawangannya di Orchard Gateway @ Emerald kerana gagal mematuhi langkah pengurusan selamat Covid-19.

Pada Jumaat (4 Disember), sempena pelancaran produk, orang ramai berkumpul di kedai itu walaupun nasihat telah dikeluarkan beberapa kali oleh agensi penguatkuasaan awam mengenai pengurusan orang ramai.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >