Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sepakat tekankan 'Dadah itu Haram'

May 01, 2017 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam mempunyai tanggungjawab memastikan warganya sedar bahawa dadah itu haram dan boleh menjejas kesihatan mereka.



Bahkan usaha bersama masyarakat membasmi gejala dadah terus penting memandangkan bilangan pesalah Melayu/Islam semakin meningkat.



Demikian ditekankan Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin, semasa melancarkan kempen 'Dadah itu Haram', usaha antidadah yang diketuai Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) semalam.



Kempen tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai bahaya dadah, punca ketagihan, cara untuk mengelakkan daripada terjerumus dalam gejala tersebut, serta pandangan Islam mengenai dadah.



Ia turut disokong Bikers Singapore, Safinah Institute, Rumah Kebajikan Muhammadiyah, SimplyIslam dan IslamicEvents.



Dalam ucapannya, Encik Amrin melahirkan kebimbangan mengenai kenaikan jumlah pesalah dadah Melayu.



Bilangan pesalah dadah Melayu yang diberkas tahun lepas meningkat sekitar 24 peratus daripada 1,380 pada 2010 kepada 1,700.



Pesalah dadah baru pula meningkat daripada sekitar 590 kes pada tahun 2010 kepada hampir 730 kes tahun lepas dengan 20 peratus daripada mereka di bawah usia 20 tahun.



Nisbah pesalah dadah Melayu juga tidak seimbang berbanding pesalah bangsa lain; 53 peratus pesalah dadah yang ditangkap tahun lepas adalah pesalah Melayu.



"Ini adalah perkara yang serius, jika kita gagal mengambil perhatian kepada trend ini, kemungkinan besar kita akan teruk dibelenggu masalah dadah," katanya.



Namun, Encik Amrin berkongsi kegembiraannya menyaksikan kerjasama antara badan pelbagai latar belakang tersebut dalam mengusahakan serta menyokong kempen antidadah tersebut.



Dalam ucapannya, presiden Pergas, Ustaz Mohd Hasbi Hassan, berkata bahawa pihaknya prihatin akan gejala dadah.



Melalui kempen itu, Pergas berharap menimbulkan kesedaran bahawa dadah boleh merosakkan.



"Salah guna dadah adalah haram di sisi agama. Ini bersandarkan kepada ayat al-Quran dalam surah Al-Maaidah ayat 90.



"Maksud umum ayat ini menerangkan bahawa segala benda yang memabukkan adalah dilarang di sisi agama seperti arak dan ini termasuklah juga dadah," katanya.



Ustaz Mohd Hasbi turut menambah bahawa sokongan badan-badan Melayu penting dalam menangani masalah tersebut.



"Acara hari ini menunjukkan bahawa perlaksanaannya bukan hanya oleh individu tetapi oleh badan dan organisasi Melayu/Islam lain bersama.



"Ini menggambarkan sokongan padu masyarakat secara keseluruhannya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >