RAHAT RRG TAHUN-TAHUN LALU
Sepanjang 15 tahun rahat RRG hasilkan inisiatif, rapatkan ukhuwah
Kumpulan pemulihan keagamaan (RRG) mengadakan rahatnya yang ke-15 di Shangri-la Rasa Sentosa Resort & Spa pada 19 Mac lalu. Sejak ditubuhkan pada 2003, kumpulan tersebut telah mengadakan perhimpunan itu setiap tahun bagi mengatur langkah mengatasi fahaman pelampau dan pengganas. Pada masa yang sama, rahat itu juga bertujuan memberi penghargaan kepada asatizah dan keluarga mereka yang menyumbang kepada usaha tersebut. Ikuti laporan FARID HAMZAH (farid@sph.com.sg) dan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg) yang membuat liputan acara itu baru-baru ini.
SETIAP tahun, sekitar 40 asatizah daripada Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) berkumpul dalam satu rahat untuk mengatur langkah seterusnya dalam perjuangan menentang fahaman pelampau.