Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Separuh daripada 8,000 flat sewa kosong tidak dapat ditawar kepada pemohon baru

Flat itu perlu jalani kerja baik pulih atau dikhas untuk penyewa sedia ada
Mar 02, 2022 | 05:30 AM



TERDAPAT 8,000 flat sewa yang tidak dihuni, namun sekitar separuh daripadanya tidak dapat ditawarkan kepada pemohon baru kerana ia perlu menjalani kerja-kerja pembangunan semula atau telah dikhaskan untuk penyewa sedia ada yang terjejas oleh pembangunan semula kepada flat yang mereka diami.



Flat sewa selebihnya akan ditawarkan kepada pemohon baru, dengan dua pertiga perlu diperbaharui sebelum ia ditawarkan.



Menteri Negara (Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata demikian di Parlimen semalam, sebagai menjawab pertanyaan Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang) yang ingin mendapatkan perkembangan terkini mengenai bilangan flat sewa kosong yang ada sekarang di Woodlands dan seluruh negara serta bila pihak kementerian menjangka untuk menyelesaikan kerja baik pulih yang perlu dilakukan.



Menjawab, Dr Faishal berkata di Woodlands, terdapat 320 flat sewa kosong yang ditawarkan kepada pemohon baru dan sekitar 220 perlu menjalani kerja-kerja baik pulih terlebih dahulu sebelum ia ditawarkan kepada pemohon.



Beliau turut berkata meski flat sewa yang ditawarkan kepada pemohon baru mungkin kosong tetapi ia memerlukan masa bagi flat untuk dipadankan dengan pemohon, bergantung pada jenis flat, lokasi dan had dasar integrasi etnik.



Namun bagi flat sewa yang perlu menjalani kerja-kerja baik pulih, jadual kerja-kerja baik pulih ini terjejas teruk oleh kekurangan tenaga kerja dalam industri binaan semasa tempoh Covid-19 ini.



Bagi mempercepatkan kerja-kerja tersebut, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah melantik kontraktor tambahan untuk melengkapi kontraktor HDB.



HDB juga sedang memantau keadaan dengan teliti dan mempunyai matlamat untuk menyelesaikan tunggakan flat yang perlu menjalani kerja-kerja baik pulih menjelang suku ketiga tahun ini.



"HDB akan terus mengutamakan dan mempercepat penempatan flat bagi pemohon yang mempunyai keperluan mendesak untuk mendapatkan flat sewa seperti pemohon yang mempunyai keperluan perubatan atau keadaan luar biasa, namun kita tidak mungkin dapat memenuhi lokasi pilihan mereka," kata Dr Faishal.



Sebagai soalan tambahan, Ketua Pembangkang, yang juga ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, bertanyakan sekiranya ada rancangan menambah tapak flat sewa serta mengenai masa menunggu bagi mendapatkan flat sewa.



Menjawab, Dr Faishal berkata masa menunggu adalah kurang dari setahun.



Menurutnya, tempoh yang diperlukan untuk memperbaharui flat sewa bergantung pada keadaan tapak flat sewa tersebut.



"Saya ingin memberi jaminan kepada Anggota Parlimen bahawa kita akan melakukan yang terbaik untuk menawarkan flat sewa kepada pemohon.



"Dan kini dengan sumber tambahan seperti tambahan tenaga manusia, kami yakin kita akan dapat menyelesaikan baik pulih flat sewa ini menjelang suku ketiga tahun ini," ujarnya lagi.




"HDB akan terus mengutamakan dan mempercepat penempatan flat bagi pemohon yang mempunyai keperluan mendesak untuk mendapatkan flat sewa seperti pemohon yang mempunyai keperluan perubatan atau keadaan luar biasa, namun kita tidak mungkin dapat memenuhi lokasi pilihan mereka."
- Menteri Negara (Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >