Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Separuh daripada klinik doktor keluarga telah sertai rangkaian jagaan asas SG Lebih Sihat: Ong Ye Kung

Dec 03, 2022 | 08:22 PM



Separuh daripada klinik doktor keluarga di sini telah menyertai rangkaian jagaan asas (PCN), sebuah program nasional yang membenarkan doktor berkongsi sumber dan beroperasi dalam pasukan, kata Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung, hari ini (3 Disember).



Bilangan pendaftaran melonjak daripada 500 kepada 800 klinik sepanjang tahun ini di sebalik usaha pemerintah untuk mengubah penjagaan kesihatan agar lebih menumpukan kepada penjagaan pencegahan, tambahnya.



Visi ini adalah sebahagian daripada strategi SG Lebih Sihat atau Healthier SG, yang bertujuan menggalak pesakit agar berjumpa hanya seorang doktor yang akan melakar pelan peribadi bagi menangani sebarang kebimbangan perubatan dan menetapkan sasaran kesihatan.



Inisiatif SG Lebih Sihat yang akan dilaksanakan mulai tahun depan, bertujuan menarik klinik doktor keluarga agar menyertainya, memandangkan mereka boleh membina hubungan lebih kukuh dengan penduduk.



Untuk menjadi sebahagian daripada kempen itu, klinik keluarga mesti berdaftar di bawah skim PCN, yang menawarkan pendanaan dan sokongan pentadbiran kepada doktor keluarga bagi menyokong keperluan kronik jangka panjang pesakit.



Di bawah SG Lebih Sihat, doktor keluarga akan mendapat yuran perkhidmatan tahunan bagi setiap pesakit berdaftar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >