Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seperlima pekerja migran sudah jalani vaksinasi penuh tentangi Covid-19: MOM

Jun 09, 2021 | 01:19 AM



SEKITAR seperlima pekerja migran yang menetap di dormitori telah menjalani vaksinasi penuh.



Sehingga 31 Mei, 55,000 pekerja ini telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19,  kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa (8 Jun).



Lagi 67,000 pekerja telah menerima satu suntikan vaksin dengan dos kedua dijadualkan ditadbirkan dalam masa enam hingga lapan minggu daripada dos pertama, tambah jurucakap MOM dalam responsnya kepada pertanyaan akhbar The Straits Times.



"Apabila lebih banyak pekerja migran di dormitori menjalani vaksinasi dan situasi Covid-19 di Singapura kian diperbaiki, kita akan secara beransur-ansur dapat melonggarkan sekatan buat pekerja migran," kata jurucakap itu lagi.



Hanya 42,000 pekerja migran ini telah mendapatkan vaksinasi penuh sehingga 2 Mei.



Menteri Kedua Tenaga Manusia pada masa itu, Tan See Leng, yang kini Menteri Tenaga Manusia mendedahkan jumlah itu apabila beliau mengunjungi Pusat Vaksinasi Seletar pada 2 Mei.



Jurucakap MOM berkata pada Selasa, membuat janji temu bagi suntikan dos kedua enam hingga lapan minggu daripada tempoh suntikan pertama disejajarkan dengan saranan Jawatankuasa Pakar Mengenai Vaksinasi Covid-19 dan Kementerian Kesihatan (MOH).



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >