SERAMAI 524 orang telah dikenakan perintah kuarantin sehingga malam Ahad lalu, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, pengerusi bersama pasukan bertindak pelbagai kementerian dalam menangani penularan koronavirus novel 2019 (2019-nCoV).
Daripada jumlah tersebut, seramai 222 telah ditempatkan di kemudahan kuarantin pemerintah, manakala 302 yang lain sedang menjalani kuarantin di rumah, katanya.