Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serang pasangan dengan pisau di Yishun: Lelaki didakwa

Jun 26, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang dikatakan menyerang pasangan lelaki dan wanita menggunakan pisau di sebuah blok perumahan di Yishun pada Khamis lalu telah didakwa di mahkamah semalam.



Abdul Karim V. Sickander, 58 tahun, berdepan dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan cara berbahaya secara sukarela.



Dia tampil di mahkamah melalui sidang maya dan digari dalam reman.



Dia memakai kemeja-T polo putih dan menggunakan pelitup berwarna biru.



Menurut dokumen mahkamah, Karim dituduh menyerang Sri Bandiyah dan Dhanvan Jeet Singh Minder Singh menggunakan pisau sepanjang 26 sentimeter di 510A Yishun Street 51 pada malam Khamis lalu.



Tertuduh didakwa melakukan sedemikian semasa di bawah perintah pengurangan hukuman antara April 2020 dengan Oktober tahun ini, dan mungkin berdepan hukuman yang lebih teruk.



Hakim daerah Sarah Tan membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk Karim direman di Institut Kesihatan Mental untuk pemerhatian psikiatri.



Karim akan kembali ke mahkamah pada 8 Julai ini.



Menurut laporan The Straits Times pada Jumaat lalu, serangan itu dikatakan berlaku selepas pertelingkahan berulang antara Karim dan pasangan berkenaan - seorang lelaki, 62 tahun, dan seorang wanita, 41 tahun.



Jiran tetangga berkata, mereka bertiga sudah bertengkar sejak seminggu lalu, termasuk sekali pada Rabu lalu apabila tertuduh didakwa mengugut pasangan itu dengan pisau. Dia kembali Khamis lalu dan didakwa menyerang mereka.



Polis berkata, serangan dikatakan berpunca daripada pertikaian sebelumnya antara kedua-dua lelaki yang mengenali antara satu sama lain, dan mangsa dibawa ke hospital.



Di lokasi kejadian pada Jumaat lalu, apa yang kelihatan seperti titisan darah dapat dilihat dari lobi lif ke pintu salah sebuah flat sewa.



Dalam video yang tular dalam talian, beberapa kenderaan polis boleh dilihat di sepanjang jalan berhampiran blok flat berkenaan. Keterangan video tersebut menyatakan telah berlaku insiden mengelar di blok tersebut.



Jika disabit kesalahan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan cara berbahaya yang mungkin menyebabkan kematian secara sukarela, Karim boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun, dirotan dan denda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >