Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serang pegawai dengan penyembur lada: Lelaki disyaki edar dadah diberkas

Jul 15, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki menyerang pegawai antinarkotik dengan penyembur lada ketika diberkas kelmarin kerana disyaki melakukan kesalahan mengedar dadah.



Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) perlu menggunakan kekerasan untuk menahan lelaki itu, yang cuba melawan pemberkasan sewaktu kejadian tersebut yang berlaku berdekatan Bedok North Avenue 3.



Warga Singapura berusia 30 tahun itu juga mempunyai 'knuckle duster' (logam yang dipakai di atas buku jari), dan pisau 'karambit' (pisau melengkung dari Indonesia) ketika diberkas, kata CNB dalam satu kenyataan semalam.



Lelaki itu mungkin boleh berdepan dengan hukuman mati.



Secara keseluruhan, kira-kira 141g heroin dirampas daripadanya - 22g ketika diberkas, dan lagi 119g di tempat bersembunyi di kawasan kediaman privet di daerah Siglap Road.



Individu yang didapati bersalah kerana mengedar lebih 15g diamorphine boleh berdepan dengan hukuman mati wajib. Diamorphine merupakan nama kimia bagi heroin tulen.



Dadah lain yang dirampas adalah 181g Ice, 11 tablet Ecstasy dan 21 tablet Erimin-5, dengan 10 daripada tablet Erimin-5 itu ditemui di satu lagi tempat bersembunyi di daerah Yishun Ave 11.



Dadah yang dirampas dianggarkan mempunyai nilai jalanan sebanyak $47,000.



Heroin dan 'Ice' yang dirampas pula boleh memenuhi ketagihan sekitar 170 penagih selama seminggu, kata CNB.



Pihak berkuasa sedang menyiasat kegiatan dadah lelaki itu, tambahnya.



Dia juga telah dirujuk kepada Pasukan Polis Singapura (SPF) bagi siasatan mengenai pemilikan senjata dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam.



Pengarah divisyen risikan di CNB, Encik Aaron Tang, berkata:



"Didorong sifat tamak, pengedar dan sindiket dadah akan selalunya tidak berhenti untuk mempergunakan ketagihan penyalahguna dadah, atau elak pemberkasan daripada pihak berkuasa.



"Pegawai kita telah bekerja gigih untuk memastikan jalanan kita selamat daripada dadah, walau di tengah-tengah keadaan bahaya atau mencabar di mana pesalah dadah mungkin menggunakan senjata atau menjadi kasar atau ganas."



Begitupun, beliau menambah bahawa pegawai CNB akan terus kekal komited untuk memastikan Singapura bebas dadah, dan akan terus menumpaskan kegiatan dadah haram ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >