Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serang pegawai MSF: Lelaki 56 tahun akan didakwa

Jan 05, 2016 | 03:31 PM



SEORANG lelaki berusia 56 tahun akan didakwa di mahkamah pada Rabu (6 Jan) kerana menyerang seorang pegawai Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).


Kejadian itu berlaku pada 6 November lalu, ketika orang itu pergi ke Pejabat Khidmat Sosial MSF di Toa Payoh untuk mendapatkan bantuan kewangan.


Polis berkata siasatan awal mendapati lelaki itu bertindak agresif dalam satu temu bual dengan pegawai MSF wanita berusia 34 tahun.


Dia mula memukul pegawai tersebut sebelum dihalang oleh pegawai lain MSF.


Polis dipanggil dan lelaki tersebut ditahan.


Dia akan dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang penjawat awam.


Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara hingga tujuh tahun, denda atau sebat, atau sembarang gabungan tiga hukuman itu.


Dalam satu pos Facebook pada 17 November, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin, berkata beliau "tidak akan bertolak ansur terhadap sembarang tingkah laku oleh sesiapa sahaja yang menyebabkan kemudaratan kepada pegawai saya".


"Kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi mereka dalam menjalankan tugas mereka," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >