Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serangan babi hutan di Punggol: Usaha cari haiwan diteruskan

Feb 23, 2021 | 05:30 AM



USAHA mencari babi hutan yang menyerang orang di Punggol sedang diteruskan.



Dua orang cedera selepas diserang babi hutan dalam dua kejadian berbeza di Punggol pada Sabtu malam lalu.



Seramai 20 orang telah dikerahkan untuk mencari haiwan tersebut bagi memastikan ia tidak datang dekat dengan penduduk di kawasan itu, dan pencarian masih dijalankan, kata Anggota Parlimen Punggol West Cik Sun Xueling.



"Saya telah berhubungan dengan NParks (Lembaga Taman Negara) dan SPF (Pasukan Polis Singapura) sejak malam tadi (Sabtu) mengenai serangan babi hutan di Punggol.



"Mereka telah memberikan maklumat lanjut mengenai kejadian itu sepanjang hari," katanya.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dikerahkan dua kali malam itu - ke Blok 308B Punggol Walk pada sekitar 9.10 malam pda Sabtu lalu dan juga ke Blok 310A Punggol Walk selang 20 minit.



Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Besar Sengkang oleh pegawai SCDF.



Menurut satu laporan akhbar berbahasa Cina Lianhe Wanbao, kejadian kedua melibatkan seorang wanita yang digigit dan diheret sekitar satu meter oleh babi hutan itu.



Seorang saksi mengatakan beliau menghubungi polis setelah mendengar seorang wanita meminta tolong.



Seorang lagi penduduk cuba memukul babi hutan itu menggunakan payung, manakala seorang penghantar makanan membunyikan loceng basikanya untuk menakutkan haiwan itu.



NParks juga telah meletak papan tanda di sekitar kawasan itu kelmarin untuk menasihati penduduk mengenai apa harus dilakukan jika berdepan dengan babi hutan, tambah beliau.



Dalam lamannya, NParks menasihati mereka yang bersemuka dengan babi hutan supaya kekal bertenang dan bergerak secara perlahan-lahan untuk menjauhi haiwan itu.



Mereka juga tidak harus mengusik atau memberi makan kepada haiwan itu dan mengelakkan mengambil gambarnya.



Babi hutan dewasa yang mempunyai anak lebih berbahaya kerana mahu melindungi anaknya dan harus dibiarkan, tambah NParks.



Serangan babi hutan terbaru itu berlaku selepas seorang wanita diserang babi hutan pada 17 November tahun lalu ketika beliau bersenam di Taman Sungei Api Api di Pasir Ris.



Serangan tersebut menyebabkan juruaudit berusia 50 tahun itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Yu, mengalami luka sepanjang 10 sentimeter di kaki kirinya dan kecederaan muka, lapor akhbar berbahasa Cina Shin Min Daily News.



Sedang kejadian ternampak babi hutan menjadi lebih biasa sepanjang setahun lalu, warga Singapura selalu diingatkan supaya menjauhi mereka dan tidak memberi mereka makan.



Lapan orang didakwa pada 13 Januari kerana memberi babi hutan makan dekat Taman Sungei Api Api.




Apa harus anda lakukan jika berdepan babi hutan



SEPERTI haiwan liar lain, babi hutan boleh menyerang apabila diusik atau diganggu, menurut Lembaga Taman Negara (Nparks) di laman webnya.



Gigi taring kuat dan tajam seekor babi hutan jantan dewasa boleh menyebabkan kecederaan serius ke atas orang yang digigit.



Berikut perkara yang harus dilakukan sekiranya berdepan dengan haiwan itu:



- Bertenang dan bergerak perlahan menjauhi haiwan itu.



- Jaga jarak selamat dan jangan memprovokasi haiwan tersebut, misalnya mengambil gambar menggunakan 'flash' kamera.



- Jika ternampak babi hutan dewasa bersama anaknya, biarkan mereka sendirian. Babi hutan dewasa boleh menjadi lebih agresif kerana mahu mempertahan anaknya.



Orang ramai boleh menghubungi Pusat Respons Haiwan di 1800-476-1600 untuk melaporkan sebarang penemuan babi hutan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >