Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serangan di ITE: Pelajar dihukum penjara 18 bulan, sebat enam kali

Nov 26, 2015 | 12:09 PM



PELAJAR yang menyerang seorang tukang masak sambilan dengan pisau roti dalam pertikaian mengenai seorang pelajar perempuan t dihukum penjara 18 bulan dan rotan enam kali pada Rabu (25 Nov).


Muhammad Zuhairie Adely Zulkifli, 17 tahun, mengelar Ahmad Nurthaqif Sahed, 18 tahun, di hadapan pelajar dan guru di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) College West di Chua Chu Kang, menyebabkan beliau luka.


Dia juga mematahkan lengan dan dua jari Nurthaqif.


Hakim Daerah Mathew Joseph menyifatkan serangan itu sebagai berani, kurang ajar, keji dan menjijikkan.


Zuhairie mengaku bersalah bagi serangan tersebut minggu lepas. Dia juga mengaku bersalah bagi satu pertuduhan merusuh dalam satu kejadian berasingan pada 20 April tahun lalu.


Pertuduhan ketiga melarikan diri dari Rumah Kebajikan Muhammadiyah pada 31 Mac tahun lalu diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.


Mahkamah diberitahu bahawa Zuhairie kali pertama bertemu Nurthaqif pada 7 Mac di Clarke Quay.


Dia berteriak kepada temanita mangsa, Norhalizah Abdul Wahab, 17 tahun, memanggil beliau "baby", dan mereka bercakap sekejap.


Apabila Norhalizah pergi ke tandas, Nurthaqif bersemuka dengan Zuhairie.


Tiga hari kemudian, Nurthaqif pergi ke kampus ITE College West pada 12.30 tengah hari untuk bertemu Norhalizah, seorang pelajar tahun pertama di sana.


Apabila ternampak Nurthaqif, Zuhairie bersemuka dengannya dan berkata dia tidak puas hati dengannya.


Zuhairie kemudian pergi ke lokernya dan mengambil sebilah pisau roti sepanjang 35 sentimeter.


Dia menyerang Nurthaqif, yang sedang duduk dengan temanitanya, dengan mengelarnya dan terus menghayunkan pisau itu ke arah Nurthaqif walaupun semasa beliau cuba melarikan diri.


Serangan itu dirakam oleh seorang pelajar dan klip video tersebut disebar dalam media sosial.


Nurthaqif dapat melarikan diri. Beliau kemudian dimasukkan hospital dua hari dan diberi cuti sakit tiga bulan.


Zuhairie melarikan diri sejurus selepas itu tetapi ditangkap pada hari yang sama di rumah neneknya di Ang Mo Kio Avenue 6.


Pada 20 April tahun lalu, Zuhairie menjadi sebahagian daripada sekumpulan enam belia berusia antara 14 dan 16 tahun yang menumbuk dan menendang seorang remaja.


Remaja tersebut mengalami bengkak di pipi kiri dan lebam serta melecet di seluruh badannya.


Peguam Zuhairie, Encik Rajan Nair, yang meminta anak guamnya dihukum menjalani program pemulihan akhlak, berkata beliau akan memfailkan rayuan terhadap hukuman itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >