Serangan di London: S'pura kutuk keganasan, tiada rakyat S'pura cedera

SINGAPURA mengutuk keras serangan di London dan berkata tiada warga Singapura cedera dalam kejadian itu.

"Singapura mengutuk keras serangan pengganas ganas di Westminster, London... yang membawa kepada kematian dan kecederaan orang yang tidak bersalah, termasuk seorang pegawai polis yang terbunuh semasa bertugas," kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Khamis (23 Mac).

"Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga terjejas, dan berharap mereka yang cedera segera pulih. Rakyat Singapura bersatu padu dengan rakyat United Kingdom pada masa yang sukar ini."

MFA dan Suruhanjaya Tinggi Singapura di London telah menghubungi rakyat Singapura yang berdaftar secara elektorik di ibu negara British itu.

"Setakat ini tidak ada sebarang laporan mengenai rakyat Singapura yang terlibat secara langsung atau cedera dalam kejadian itu. Suruhanjaya Tinggi Singapura akan terus bekerjasama dengan Polis Metropolitan London dan pihak berkuasa untuk memantau keadaan dengan teliti," kata kenyataan MFA itu.

Ia menasihatkan rakyat Singapura di London supaya berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan masing-masing. Mereka yang memerlukan bantuan konsular segera di London boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Singapura atau Pejabat MFA di:

Suruhanjaya Tinggi Singapura di London

Tel: 44(0)207-235-8315

Telefon bimbit petugas: 44(0)771-034-8335

E-mel: singhc_lon@mfa.sg

Pejabat Tugas MFA (24 jam)

Tel: +65 63798800/8855

E-mel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg

Waktu Solat

Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.