Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serangan pengganas di London: S'pura kutuk keganasan, tiada rakyat S'pura cedera

Sep 16, 2017 | 01:46 PM



SINGAPURA mengutuk keras serangan pengganas di London, Britain, yang mencederakan ramai orang yang tidak bersalah semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pagi tadi, tiada warga Singapura yang cedera atau terjejas secara langsung dek kejadian itu.

"Kami (Singapura) bersatu padu dengan rakyat dan kerajaan Britain, dan berharap mereka yang cedera segera pulih," kata jurucakap MFA itu.

Dalam pada itu, MFA juga berkata mereka telah mengubungi warga Singapura yang telah berdaftar secara elektronik untuk menyatakan bahawa mereka berada di London, bagi memastikan mereka selamat.

Tambahnya, MFA dan Suruhanjaya Tinggi Singapura akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang relevan di London bagi memantau keadaan dengan rapat.

Menurut kenyataan itu, warga Singapura di London dinasihatkan untuk terus berhubungan dengan keluarga dan teman mereka.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular segera harus menghubungi Suruhanjaya Tinggi Singapura di London atau Pejabat Tugas MFA di:

Suruhanjaya Tinggi Singapura di London

Tel: +44 (0) 207 235 8315

Nombor kecemasan: +44 (0) 771 034 8335

E-mel: singhc_lon@mfa.sg

Pejabat Tugas MFA (24 jam)

Tel: +65 63798800/8855

E-mel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >