Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serangan perisian tebusan jadi ancaman keselamatan negara: CSA

Aug 30, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 50 peratus lagi syarikat di Singapura menjadi mangsa serangan perisian tebusan, sedang serangan sedemikian kini menjadi ancaman keselamatan negara.



Mencerminkan trend global, bilangan firma di Singapura yang sistem mereka dikunci sehingga wang tebusan dibayar meningkat daripada 89 pada 2020 kepada 137 tahun lalu, kata Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura.



"Tahun lalu menyaksikan serangan perisian tebusan berubah sepenuhnya daripada kejadian sekali-sekala dan terpencil, kepada risiko keselamatan negara serius dan mampu melakukan serangan secara besar-besaran dan sistemik yang boleh menjejas keseluruhan rangkaian perusahaan besar," kata CSA dalam laporan Landskap Siber Singapura 2021 yang dikeluarkan semalam.



Memandangkan setiap serangan tidak dilaporkan, angka tersebut mungkin hanya mewakili segelintir kes yang berlaku, kata laporan tahunan keenam itu.



Menurut laporan The Straits Times, CSA mendapati bahawa majoriti firma di sini yang dilanda perisian tebusan tahun lalu merupakan syarikat kecil dan sederhana (SME) daripada industri seperti IT dan pembuatan, yang dikatakan "mudah terjejas".



"Kedua-dua sektor ini sering menjalankan operasi 24/7 dan mungkin tidak mampu menanggung masa henti untuk membaiki sistem mereka," kata agensi itu.



CSA berkata beberapa kumpulan yang menyasarkan SME Singapura menggunakan model perisian tebusan-sebagai-perkhidmatan, di mana penggodam memajak sofwe perisian hasad kepada penceroboh siber lain sebagai pertukaran untuk potongan hasil.



Model ini dengan ketara merendahkan halangan masuk untuk penggodam amatur atau kurang mahir untuk menyerang syarikat.



Meskipun laporan itu tidak memberikan kes khusus Singapura secara terperinci, ia menyatakan tentang pelanggaran data Januari lalu yang melibatkan maklumat peribadi sekitar 129,000 pelanggan Singtel akibat serangan perisian tebusan.



Penggodam mengeksploitasi kelemahan dalam perisian perkongsian fail firma teknologi AS Accellion, yang digunakan oleh Singtel dan banyak firma global.



Penceroboh siber kemudian menyiarkan nota tebusan yang ditujukan kepada Acccellion menuntut bitcoin bernilai $250,000.



Insiden itu memberi tumpuan kepada risiko rantaian bekalan.



Insiden global berprofil tinggi lain termasuk serangan ke atas sistem IT pengangkut bahan api Amerika Colonial Pipeline pada Mei tahun lalu, yang menjejas bekalan minyak dan gasnya kepada kira-kira 50 juta pelanggan.



Kejadian ini menyebabkan kepada kekurangan bahan api dan kenaikan harga.



Turut mencerminkan arah aliran global, terdapat peningkatan tiga kali ganda dalam bilangan sistem pelayan arahan dan kawalan yang dikawal oleh penggodam yang dihoskan di sini - daripada 1,026 pada 2020 kepada 3,300 tahun lepas, kata CSA.



Sistem pelayan ini mengawal komputer yang dijangkiti perisian hasad atau kamera pengawasan untuk melancarkan serangan yang mencuri data, mengedar perisian tebusan atau menghapuskan sistem kritikal.



CSA berkata pancingan data kekal sebagai kaedah popular bagi penggodam mendapatkan akses ke dalam sistem sebelum menggunakan perisian hasad di dalamnya.



Terdapat 55,000 pautan ke laman pancingan data yang dihoskan di sini tahun lalu, peningkatan 17 peratus daripada 47,000 pada 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >