Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

Serangan siber di klinik mata: Maklumat peribadi 73,466 pesakit terjejas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Serangan siber di klinik mata: Maklumat peribadi 73,466 pesakit terjejas

Aug 26, 2021 | 05:30 AM

MAKLUMAT peribadi bagi 73,466 pesakit di Eye & Retina Surgeons terjejas akibat satu serangan siber awal bulan ini dan sebab kejadian itu masih lagi disiasat, menurut klinik itu dalam kenyataannya.

Nama, alamat, nombor kad pengenalan serta maklumat kesihatan pesakit terjejas.

Namun, maklumat kad kredit atau akaun bank tidak terjejas.

Menurut kenyataan klinik itu, serangan siber itu menjejas beberapa terminal komputernya di cawangan klinik itu di Camden Medical. Sistem IT di cawangan klinik itu di Pusat Pakar Mount Elizabeth Novena tidak terjejas.

"Bagi mengoptimumkan keselamatan data, (Eye & Retina Surgeons) mengekalkan rekod perubatan dan rangkaian yang berasingan dalam sistem berpangkalan awan dan ia tidak dapat diakses atau dikompromi," kata klinik itu.

Tiada operasi klinik yang terjejas dan sistem teknologi maklumat (IT) telah pun dipulihkan kembali.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3