Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serangan siber ke atas SingHealth: Fokus COI

Jul 25, 2018 | 05:30 AM



MENELITI bagaimana serangan siber boleh berlaku ke atas SingHealth menjadi tanggungjawab utama Jawatankuasa Siasatan (COI) empat anggota yang dipengerusikan Encik Richard Magnus, mantan ketua hakim daerah yang kini merupakan salah seorang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.



Anggota lain COI tersebut ialah pengerusi eksekutif firma solusi keselamatan siber Quann World, Encik Lee Fook Sun; ketua pegawai operasi kumpulan firma teknologi penjagaan kesihatan Sheares Healthcare Management, Encik T.K. Udairam; serta Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Cham Hui Fong.



Di samping meneliti bagaimana peristiwa itu berlaku, jawatankuasa tersebut antara lain juga dijangka mengusulkan langkah-langkah memperbaiki rancangan tindak balas jika kejadian serupa berlaku lagi.



Ia juga dijangka mengusulkan langkah-langkah melindungi sistem teknologi maklumat (IT) sektor awam yang mengandungi pangkalan data yang besar dengan lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >