Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serangga hitam berkerumun blok Bukit Batok, penduduk dinasihati tutup tingkap

Oct 04, 2019 | 02:53 PM



PENDUDUK di beberapa blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah dinasihati oleh majlis bandar untuk menutup tingkap mereka dan menyalakan lampu seberapa sedikit mungkin, selepas kawasan mereka dihinggap kawanan serangga hitam dalam tempoh beberapa hari yang lalu.



Kejadian itu bukan baru, bahkan berlaku juga pada 2015, apabila jumlah besar serangga misteri menghinggap di Bukit Batok Avenue 8.



Masih belum jelas jika serangga yang menghinggap di kawasan Blok 170, 171 dan 172 pada tahun ini merupakan spesies yang sama seperti serangga yang dahulu.



Kemunculan serangga seperti kumbang itu pertama dilaporkan dalam akhbar petang Cina Lianhe Wanbao pada Rabu (2 Oktober), yang mengatakan bahawa serangga itu mengganggu penduduk, malah menurut laporan akhbar tersebut, ia dijumpai menghinggap ke katil dan meja makan penduduk, selain berpaut pada kulit penduduk, justeru mengakibatkan gatal-gatal. 



Akhbar The Straits Times telah menanya beberapa pakar berhubung kejadian tersebut, di mana mereka mengenal pasti serangga bersayap itu sebagai Ataenius australasiae.



Dr Paul Skelley, ahli entomologi (pakar serangga), berkata: "Seranggi itu tidak membawa sebarang penyakit yang diketahui, tidak berbisa dan tidak boleh membahayakan manusia. Namun apabila mereka menghinggap dalam jumlah yang besar, mereka menjadi satu gangguan kepada penduduk.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >