Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serbuan CNB: Wanita ditangkap sementara dua anak bermain-main di luar rumah, lebih 10 kg dadah bernilai $944,000 dirampas

May 26, 2021 | 06:43 PM



 





SEORANG wanita warga Singapura berusia 31 tahun ditangkap di flatnya di Sengkang dalam satu serbuan pada Selasa (25 Mei), semasa dua anaknya sedang bermain-main di luar rumah.



Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) telah memberikan anak-anaknya itu kepada seorang saudara untuk dijaga.



Seorang lelaki warga Singapura berusia 45 tahun juga ditangkap dalam unit yang sama, di Fernvale Road itu. 



Pegawai CNB menemui lebih 10 kilogram dadah bernilai hampir $944,000.



 Ini termasuk 5.6 kg heroin - yang mencukupi untuk digunakan 2,700 penyalah guna dalam seminggu - 2.5 kg ice, 2.5 kg kanabis, 192 pil Ecstasy, dan tujuh pil Erimin-5. 



Wang tunai sekitar $28,000 dan 703 pil nitrazepam juga dirampas dalam operasi itu.



Dua kanak-kanak, seorang budak lelaki berusia 11 tahun dan seorang budak perempuan berusia 10 tahun dilihat bermain-main di luar rumah sebelum penangkapan itu.



CNB berkata perancangan telah dibuat untuk memastikan kebajikan kanak-kanak itu terjaga, sebelum mereka diberikan kepada seorang saudara untuk dijaga.



Timbalan Pengarah operasi CNB, Encik Sebastian Tan berkata: “Kanak-kanak adalah mangsa malang dalam kebanyakan kesalahan dadah. Pengedar dadah bukan sahaja merosakkan kehidupan orang lain menerusi perbuatan  keji dan mementingkan diri sendiri ini, malah juga menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan bagi keluarga dan anak-anak mereka.”



“Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengasuh dan membimbing anak-anak mereka, dan memastikan mereka tidak dalam bahaya. CNB bertekad untuk menjadikan jalan raya di Singapura selamat daripada dadah menerusi usaha penguatkuasaan lasak dan akan terus mendekati ibu bapa dan bekerjasama dengan mereka dalam membimbing anak-anak ke gaya hidup sihat yang bebas dadah.”



Siasatan bagi kes itu dan terhadap suspek masih berjalan, kata CNB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >