Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Serlah semangat Ramadan, kumpul dana kendali sesi senam 'online'

May 07, 2020 | 05:30 AM



MUNGKIN tidak banyak yang dapat dilakukan seseorang untuk menyambut hari lahirnya semasa tempoh pemutus litar ini.



Namun bagi Cik Salbiah Abdullah, yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke-42 Sabtu ini, membantu golongan yang memerlukan merupakan 'sambutan' yang tepat apatah lagi pada bulan Ramadan.



Dengan semangat ingin menyumbang semula kepada masyarakat, terutama dalam bulan mulia seperti ini dan di tengah-tengah pandemik Covid-19, Cik Salbiah akan mengumpul dana melalui kelas senaman yang dilakukan secara langsung dalam talian.



Sesi senaman dalam talian itu merupakan sebahagian program kecerdasan yang dikenali sebagai 'Salsation' merangkumi gerakan pantas yang dilakukan mengikut rentak muzik rancak.



Dana yang dikumpulkan akan disumbangkan kepada Dana Women In Need (WIN) kelolaan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) yang memberi sokongan dan bantuan kepada wanita Muslim yang memerlukan.



Dihubungi baru-baru ini, Cik Salbiah yang merupakan jurulatih kecergasan berkata:



"Niat saya nak melakukan sesuatu untuk menyumbang balik kepada masyarakat.



"Saya pun terfikir kalau dapat adakan 'masterclass' dan pada masa yang sama beri balik kepada mereka yang memerlukan, dan saya pun dapat tahu tentang Dana WIN ini.



"Memandangkan ini juga minggu Hari Ibu, mengapa tidak?"



Beliau, yang merupakan ibu tiga anak, mula melibatkan diri dengan Salsation pada 2016.



Mereka yang berminat mengikuti kelas senaman yang akan dilakukan menerusi wadah dalam talian Twitch itu boleh menjangkakan senaman rendah impak dan intensiti tinggi, kata Cik Salbiah.



"Sesiapa sahaja boleh ambil bahagian, tidak kira usia, asalkan anda mahu bersenam," katanya, yang mempunyai tugas sepenuh masa sebagai penyelaras jualan.



Mereka yang ingin turut serta dalam kelas dalam talian yang bakal berlangsung dari 5 petang hingga 6.30 petang Sabtu ini boleh menghubungi Syai di 9179-2649 atau Wani si 9646-9888.



Bayaran penyertaan hanya $10 dan hasilnya akan disalurkan kepada Dana WIN.



Mengulas tentang usaha murni yang dilakukan Cik Salbiah itu, Presiden PPIS, Cik Rahayu Mohamad, berkata:



"Melalui Dana WIN, PPIS berharap dapat membantu wanita muncul sebagai pemenang dalam mengatasi perjuangan yang mereka hadapi.



"Ini terutama kerana wanita adalah tonggak kekuatan keluarga. Kami berbesar hati kerana Cik Salbiah dan pasukannya mahu menyumbang kepada perjuangan kami dan berharap agar lebih banyak anggota masyarakat terinspirasi untuk melakukan hal yang sama."




"Niat saya nak melakukan sesuatu untuk menyumbang balik kepada masyarakat. Saya pun terfikir kalau dapat adakan 'masterclass' dan pada masa yang sama beri balik kepada mereka yang memerlukan, dan saya pun dapat tahu tentang Dana WIN ini. Memandangkan ini juga minggu Hari Ibu, mengapa tidak?"
- Cik Salbiah Abdullah, jurulatih kecergasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >