Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seronok beraya mesra alam

Kadar kitar semula warga di sini membimbangkan. Tahun lalu, kadar tersebut kekal pada 13 peratus, sama seperti 2020 iaitu kadar paling rendah dalam tempoh sedekad. Ini sedangkan sisa yang dihasilkan isi rumah di sini saban tahun semakin meningkat. Malah, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), mendedahkan isi rumah di sini secara purata menghasilkan 1.82 juta tan sisa pada 2021, naik daripada 1.77 juta pada 2020. Umumnya, banyak sisa yang dihasilkan semasa musim-musim perayaan dan Aidilfitri tidak terkecuali. Justeru, berlatarbelakangkan keadaan tersebut, koresponden BERITA HARIAN/MINGGU, RUBI MOHD DAN RABIATUL ADAWIYAH BINHAN meneroka cara untuk bergaya di Hari Raya, namun dengan cara yang dapat mengurangkan pembaziran dan sekali gus impak kepada alam sekitar. Daripada mengitar semula perabot dan menggunakan bahan mesra alam untuk menghias rumah hinggalah menggayakan pakaian Raya 'upcycle' serta lampu-lap lip jimat tenaga, ikuti saranan mereka untuk menjadikan lebaran anda lebih bergaya dan lebih seronok, dengan cara yang lebih mampan.
May 01, 2022 | 05:30 AM



TANPA had jumlah pengunjung ke rumah, ziarah-menziarahi di Hari Raya dijangka lebih rancak tahun ini.



Sudah tentu orang ramai kini sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya dan memastikan rumah cantik, beraneka kuih-muih dan beberapa pasang baju raya sudah tersedia untuk meraikan Hari Raya yang rasanya amat istimewa tahun ini setelah dua tahun beraya secara sederhana.



Saya pun apa kurangnya, ghairah sungguh untuk beraya, kononnya untuk memberikan anak-anak pengalaman beraya dengan secara meriah tetapi yang sebenarnya, rindu juga kerana sudah lama tidak ziarah-menziarahi.



Namun, dalam persiapan Hari Raya, ada pula rakan sekerja yang memberikan cabaran untuk beraya dengan lebih mampan tahun ini.



Pada mulanya, mengeluh juga dalam hati, kerana merasakan ia leceh sungguh, mana hendak bekerja, mengelolakan anak-anak dan sekarang harus memerah otak pula untuk beraya dengan mampan.



Setelah melayari laman web dan bercakap dengan beberapa orang, saya pula terjangkit keghairahan mereka untuk hidup secara lebih mesra alam.



Saya sedar, beraya secara meriah tidak bermakna semua barang, seperti langsir dan permaidani, harus ditukar pada Hari Raya.



Memang ia disunatkan memakai pakaian terbaik dan indah pada Syawal, tetapi terbaik tidak semestinya baru dan seringkali baju Raya digunakan untuk sekali dua sahaja sebelum disimpan dalam almari.



Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk berusaha beraya tahun ini menggunakan lampu lap lip berkuasa solar, memberi duit Raya secara lebih "hijau" dan menggunakan kreativiti untuk mereka bentuk semula pakaian Raya dari tahun-tahun lalu.



Maklumlah, dengan inflasi yang membuat harga kebanyakan barangan harian melambung, saya juga mesti berusaha untuk mengurangkan perbelanjaan supaya lebih sedia menempuhi keadaan kehidupan yang tidak menentu, tidak pasti, kompleks dan samar-samar atau istilah akronim dalam bahasa Inggeris - volatile, uncertain, complex, ambiguous (Vuca).



LAMPU LAP LIP BERKUASA SOLAR



Lampu lap lip amat digemari ramai. Ia menyerikan rumah, meriahkan suasana dan mengembalikan nostalgia Lebaran. Namun, dengan kos elektrik yang kian meningkat, menggunakan lampu lap lip akan meningkatkan lagi kos elektrik walaupun tidak seberapa.



Tuah saya, mujur, Cik Sheila Salleh, 43 tahun, mengenalkan lampu lap lip berkuasa solar yang boleh dibeli melalui wadah e-dagang Lazada dan Shopee.



"Pertama kali saya mengetahui mengenai lampu lap lip berkuasa solar ketika Krismas tahun lalu. Teman saya gunakannya untuk menghiasi pohon krismasnya dan saya berasa kagum kuasa solar boleh bertahan berikan cahaya buat satu malam dan harganya pula berpatutan," jelas beliau.



Saya ambil keputusan ikut cara solar nyalakan lampu Raya.



DUIT RAYA LEBIH 'HIJAU'



Duit Raya lebih hijau bukan bermakna semua mendapat beberapa keping duit $5 ya. Bagi sedekah duit Raya dengan lebih 'hijau', saya akan berusaha untuk menggunakan wadah digital PayNow untuk duit Raya. Yang bagusnya, saya tidak perlu beratur panjang di bank keluarkan wang. Pasti ibu bapa anak kecil gembira sungguh kerana wang terus masuk dalam bank!



Minggu lalu, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), menyatakan dalam statistik tahunan sisa dan kitar semula mereka bahawa isi rumah menjana 1.82 juta tan sisa pada 2021, meningkat daripada 1.77 juta tan pada 2020.



Oleh itu, saya harap usaha saya untuk beraya dengan lebih mampan akan membantu mengurangkan sisa dari isi rumah.



MEREKA BENTUK SEMULA PAKAIAN RAYA YANG LALU



Raya ini mungkin saya boleh cabar diri untuk cuba mereka bentuk baju-baju Deepavali saya dan dipadankan dengan baju Raya untuk memaparkan rupa yang lebih unik dan berbilang kaum.



Bagi Cik Noor Zilah Ely Abdullah pula, stylis dan jurusolek profesional, baju dan kain boleh dicampur dan di padankan terutama sekali jika kita miliki baju kurung Pahang yang tetap bersinar walau di telan zaman dan boleh di padankan dengan pelbagai kain.



"Baju kurung Pahang digemari ramai kerana selesa dan senang untuk di padankan dengan bermacam kain dan aksesori untuk mencapai rupa yang berbeza," ujar beliau yang juga pemilik butik Z.Ely.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >