Seronok dapat makan di luar... walau hanya berdua, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Seronok dapat makan di luar... walau hanya berdua

Jun 22, 2021 | 05:30 AM

PUSAT penjaja dan restoran setempat menyambut pelanggan yang kembali menjamu selera di kedai masing-masing semalam - lima minggu selepas pemerintah menyekat perbuatan makan di luar bagi mengekang penularan Covid-19 dalam masyarakat.

Biarpun hanya dihadkan kepada dua orang semeja, kelonggaran larangan tersebut membawa sedikit kelegaan kepada kededua pelanggan dan peniaga yang ditemui Berita Harian (BH) semalam.

Di pusat penjaja Pusat Pertukaran Bas Bedok, keadaan teratur meskipun bilangan pelanggan lebih ramai daripada sebelum ini, dengan pelanggan mematuhi langkah pengurusan selamat.

Pegerai pula berkata mereka gembira melihat pelanggan kembali ke tempat makan dan bersikap optimis keadaan akan bertambah pulih, meskipun kadar jualan pada pagi semalam tidak seperti yang diharapkan.

Antara pelanggan yang ditemui ialah Cik Norsimah Ngaji dari Sembawang yang telah membuat janji temu khas dengan kakaknya, Cik Norimah Ngaji, yang tinggal di Chai Chee untuk bersarapan pagi bersama di pusat penjaja itu.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Sudah lebih sebulan kita tak dapat bertemu macam ni, dan kami rasa amat lega dapat melakukannya lagi. Ini satu kegiatan yang memang ramai gemari kan?" kata ibu seorang anak berusia 53 tahun itu.

"Biarpun kita tak boleh makan secara beramai-ramai, saya rasa langkah sebegini lebih baik dan selamat buat semua," tambah Cik Norsimah yang sudah mendapatkan vaksinasi sepenuhnya sejak beberapa bulan lalu.

Sejak 16 Mei lalu, pemerintah telah mengenakan sekatan dipertingkat termasuk melarang makan luar, bagi mengekang penularan Covid-19 dalam masyarakat.

Semalam, di bawah Fasa Tiga (Kewaspadaan Dipertingkat), orang ramai dibolehkan makan di luar namun mereka dihadkan kepada kumpulan dua orang semeja.

Encik Abu Zarin Abdul Rahim, pemilik gerai Wak Din yang menjual mi soto, mi rebus dan nasi ayam melahirkan harapan pelonggaran yang bermula semalam itu akan mendorong pelanggan ke gerainya dan menambah pendapatannya yang terjejas teruk.

"Saya menjangkakan perniagaan kami pulih dalam 10 hingga 30 peratus dengan kelonggaran larangan ini."

Namun beliau akur masih berasa bimbang dan tekun mengikuti perkembangan terkini mengenai kes-kes Covid-19 di Singapura kerana masih ada kes penularan dalam masyarakat dan kelompok jangkitan di beberapa tempat di sini.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map