Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seronok dengan cabaran tiupan angin

Feb 18, 2018 | 05:30 AM



TIDAK mudah melayar bot yang bergantung pada tiupan angin dan layar sahaja untuk bergerak dan menukar arah.



Namun, kesukaran dan cabaran itulah yang membuat Encik Huzaini Ibrahim minat pada sukan layar, yang diperkenal kepadanya hampir dua dekad lalu.



Menurutnya, sukan layar merupakan sukan yang memerlukan pelayar berfikiran cepat dan tajam.



"Contohnya, jika kita bertanding dalam regata atau siri perlawanan bot, semua pesaing menggunakan bot dan layar yang sama, dan bersaing dengan tiupan angin yang sama.



"Apa yang membezakan sama ada kita dapat tempat di depan ataupun di belakang ialah taktik dan kepantasan kita membuat keputusan. Apabila angin berubah arah, kita perlu cepat fikirkan cara mengekalkan atau memperbaiki kedudukan bot kita," kata Encik Huzaini, 37 tahun.



Sedang beliau kini bertugas sebagai pengurus kanan di Akademi Kapal Layar Asia, kerjayanya dalam bidang sukan air bermula sebagai kru gerakan di Pusat Sukan Air National Service Resort and Country Club (NSRCC).



Oleh sebab minatnya dalam sukan layar semakin menebal, Encik Huzaini memutuskan menjadi jurulatih sukan tersebut lalu mengikuti kursus relevan serta mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan bagi mendapatkan kelayakan mengajar.



Baru-baru ini, beliau meraih tiga akreditasi daripada Persatuan Sekolah Layar Antarabangsa (ISSA) yang membolehkannya mengajar cara meneraju perahu lunas (keelboat) peringkat lanjut, dingi peringkat lanjut dan bot layar.



Berpengalaman mengajar pelajar sekolah, Encik Huzaini berkata beliau jarang melihat anak Melayu menceburi sukan itu dan berharap bilangan pelajar Melayu meningkat pada masa akan datang.



"Mungkin mereka tidak pernah didedahkan kepada sukan ini. Atau mungkin ada yang berpendapat sukan ini mahal. Sebenarnya, sukan ini agak berpatutan harganya. Satu sesi latihan berharga antara $15 dengan $20.



"Pada peringkat awal, pelajar boleh menyewa bot. Selepas dua tahun, pelajar perlu membeli bot sendiri dan harganya bermula daripada $4,000," kata Encik Huzaini, yang pernah mengajar anggota angkatan laut Brunei melayar bot.



Selain mengajar nilai-nilai penting seperti bertanggungjawab, berdikari dan kecekalan, beliau berkata pelayar juga menimba kemahiran dalam merancang haluan dan perjalanan bot serta tentang kiraan kelajuan angin dan arus.



Encik Huzaini, yang kali terakhir bersaing dalam pertandingan layar pada November tahun lalu, menerangkan bahawa bot layar boleh dilayar secara bersendirian atau bersama kru, bergantung pada saiz bot.



Pelajar biasanya belayar sendiri dan bot boleh mencapai kelajuan sekitar 10 kilometer sejam.



Bagi orang awam yang mahu belajar melayar bot, pelbagai kursus asas ada ditawarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >