Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seronoknya dapat wang belanja barangan keperluan rumah

Nov 26, 2017 | 05:30 AM



SEKITAR 200 keluarga yang memerlukan dari kawasan kejiranan Toa Payoh Central dan Toa Payoh East-Novena menikmati satu pengalaman membeli-belah yang agak unik semalam.



Wang perbelanjaan sebanyak $200 diberikan kepada setiap keluarga untuk membeli barangan keperluan rumah seperti perkakas rumah, peralatan dapur dan tempat tidur serta pakaian.



Barangan tersebut telah didermakan oleh beberapa syarikat korporat tempatan yang turut membantu menyinsing lengan bagi acara program 'Jalan Dengan Teman Anda'.



Inisiatif yang diadakan buat julung-julung kalinya dianjurkan bersama oleh Persatuan Rakyat (PA), Project We Care (PWC) dan Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Toa Payoh Central dan Toa Payoh East-Novena telah diadakan di Kelab Masyarakat Toa Payoh East.



Menerusi program tersebut, ia bertujuan memenuhi keperluan penduduk yang memerlukan ini terutama mereka yang tinggal di flat sewa bagi meningkatkan tahap kehidupan harian mereka.



Dalam pada itu, keluarga ini bukan sahaja dapat membeli barang yang diperlukan, namun mereka juga telah ditemani sukarelawan yang mengiringi mereka ketika membeli-belah.



Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, yang turut berada di acara itu berkata ia merupakan satu usaha yang menarik untuk para penduduk di samping dapat membantu dan mendekati mereka.



"Selalunya para penduduk ini akan mendapat bantuan daripada syarikat korporat mahupun pertubuhan setempat yang memberikan barangan keperluan asas seharian seperti makanan.



"Namun, dengan acara unik ini, mereka sendiri dapat memilih barangan dan peralatan yang sebenarnya mereka perlukan.



"Selain itu, sistem buddy atau teman ini juga baik kerana ia dapat memupuk dan mengeratkan lagi hubungan antara sukarelawan kami dan penduduk.



"Dengan itu, kami dapat mendekati mereka dan memberi bantuan yang diperlukan," kata Encik Saktiandi yang turut gembira melihat ramai penduduknya tersenyum lebar.



Seorang sukarelawan yang juga merupakan 'jalan buddy' dari syarikat Lum Chang Holding Ltd, Cik Wileen Kristianto, berkata:



"Ramai di antara kita menganggap pengalaman membeli-belah seharian seperti satu yang lumrah, tetapi untuk mereka daripada keluarga berpendapatan rendah, pengalaman ini mungkin memerlukan mereka membuat pertimbangan mengikut bajet mereka.



"Oleh itu, untuk dapat menemani penduduk ini ketika mereka memilih barangan keperluan yang diperlukan merupakan pengalaman yang cukup berharga bagi diri saya dan sukarelawan lain.



"Menerusi pengalaman membeli-belah ini, kami tahu kualiti kehidupan penduduk boleh dipertingkat.''




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >