Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sertai bengkel penulisan puisi pendek

Dec 14, 2022 | 05:30 AM



SATU bengkel penulisan puisi pendek akan diadakan pada Sabtu ini.



Bengkel Puisi Pendek Kontemporari: Pendek Tidak Cetek akan berangsung di Wisma Geylang Serai, dari 2 petang hingga 5 petang.



Ia dianjurkan oleh Kumpulan Angkatan Muda Sastera (Kamus) bersempena dengan Pesta Buku Melayu.



Menurut jurucakap Kamus, Cik Nur-El-Hudaa Jaffar, antara lain peserta akan mengenali penulisan puisi Haiku dan Dukotu.



Istilah Haiku dipelopori oleh Masaoka Shuri pada era 1890-an di Jepun.



Puisi ini disusun dalam pola tiga baris dengan keterbatasan suku kata dalam setiap baris, iaitu 5-7-5, dengan kehadiran unsur kigo (atau penanda untuk musim) sebagai satu lagi syarat.



Pembimbing bengkel ialah Cik Kamaria Buang yang telah memenangi beberapa hadiah untuk puisi beliau.



Cik Kamaria juga telah menerbitkan koleksi haiku bersama-sama penulis lain.



Para peserta juga akan berpeluang melihat puisi mereka diterbitkan.



"Dunia perpuisian Melayu rencam dengan pola dan gaya pengujaraan.



"Setiap bentuk berupaya memberi cabaran dalam penulisannya dan kepuasan kepada pembaca atau pendengarnya.



"Ada yang mempunyai tradisi yang beratus tahun sementara ada yang lebih baru. Sekali gus menunjukkan yang dunia kepenyairan terus berkembang," kata Cik Nur-El-Hudaa.



Mereka yang berminat, boleh mendaftarkan nama melalui kamussingapura@gmail.com atau 9069-9725 (Encik Mustapha).




"Dunia perpuisian Melayu rencam dengan pola dan gaya pengujaraan.

Setiap bentuk berupaya memberi cabaran dalam penulisannya dan kepuasan kepada pembaca atau pendengarnya.

Ada yang mempunyai tradisi yang beratus tahun sementara ada yang lebih baru. Sekali gus menunjukkan yang dunia kepenyairan terus berkembang."

- jurucakap Kumpulan Angkatan Muda Sastera (Kamus), Cik Nur-El-Hudaa Jaffar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >