Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH SUKARELAWAN PERKHIDMATAN PENJARA SINGAPURA

Sertai Fitrah sejak 2019, kendali solat Jumaat, berinteraksi dengan banduan

Dec 19, 2021 | 05:30 AM



BELIAU merupakan seorang pengurus pembinaan sepenuh masa namun jiwanya terletak dalam membantu banduan dan bekas pesalah kembali ke fitrah.



Dua kali seminggu, sebelum pandemik, Ustaz Muhammad Taha Noh akan meluangkan masa memberi kaunseling agama kepada belia lelaki di pusat latihan pemulihan (RTC).



Kini, beliau mengendalikan solat Jumaat setiap minggu di pusat itu di samping berinteraksi dengan banduan di sana.



Ustaz Taha, 49 tahun, adalah sukarelawan bersama Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah).



Beliau menyertai pusat itu sejak ia ditubuhkan pada awal 2019.



Namun, penglibatannya dalam memberi bimbingan agama kepada banduan sudah bermula seawal 1990-an lagi.



Ustaz Taha menjadi sukarelawan bersama Perkhidmatan Penjara Singapura selepas diberitahu oleh rakan-rakan bahawa banduan memerlukan kaunseling agama.



Saluran sokongan berasaskan agama merupakan aspek penting dalam pemulihan di dalam penjara.



"Saya percaya agama dapat menyediakan bimbingan kepada banduan dalam memupuk pemikiran yang lebih produktif dan sihat, dan menjauhi mereka daripada jenayah dan dadah. Jadi, saya tekad untuk membantu," kata Ustaz Taha.



"Melihat banduan berubah dan kembali ke jalan yang benar mendorong saya untuk terus menolong lebih ramai... Saya tersentuh apabila mendapat tahu banduan yang telah saya bantu sudah mula pergi ke masjid dan mendekati agama."



Sepanjang lebih dua dekad ini, Ustaz Taha telah membantu lebih 20 banduan secara peribadi, dengan tiga banduan kini di bawah bimbingannya menerusi Fitrah.



Fitrah diiktiraf di Majlis Anugerah Sukarelawan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) semalam sebagai pertubuhan agama yang terlibat di bawah Rangka Kerja Sukarelawan Penjagaan Berterusan.



Di majlis itu semalam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Tan mengumumkan bahawa semua rakan kongsi pertubahan agama dan sukarelawan SPS kini menggunakan Rangka Kerja Sukarelawan Penjagaan Berterusan.



Rangka kerja itu, yang dilancarkan pada 2019, adalah bagi agensi secara proaktif mendekati pesalah melalui program mereka untuk menawarkan sokongan pro-sosial apabila pesalah dibebaskan dari penjara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >