Sertai kontinjen sulung NYP jayakan NDP
Aug 10, 2019 | 05:30 AM
PELUANG kedua jarang datang bergolek. Justeru, apabila kesempatan menyertai kontinjen Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) terbuka sekali lagi, Encik Mohamed Fazil Mohamed Ali tidak berfikir panjang.
Beliau terlepas peluang menjadi sebahagian kontinjen Pasukan Kadet Kebangsaan (NCC) sewaktu di sekolah menengah pada 2013.