Sertai ujian kesihatan di Masjid Al-Mawaddah dan dapatkan bimbingan susulan
Jun 02, 2016 | 05:30 AM
PESERTA yang menyertai pemeriksaan kesihatan di Masjid Al-Mawaddah Sabtu ini akan mendapat rujukan melebihi nasihat lanjut daripada doktor.
Ini termasuk pendidikan berhubung pengesanan awal, perubahan gaya hidup melalui dua program pengurusan kencing manis dan kaunseling kewangan daripada pekerja sosial perubatan.