ORANG ramai boleh menjangka kesesakan di Woodlands dan Tuas hujung minggu ini disebabkan Deepavali (29 Okt), kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu nasihat yang dikeluarkan pada Rabu (26 Okt).
Kesesakan lalu lintas keluar dijangka pada Jumaat (28 Oktober) dan tiba pada Isnin depan.
Dengan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, ICA memberi amaran kesesakan tidak dapat dielak, dan menasihati orang ramai supaya menyesuaikan rancangan perjalanan mereka bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan.
Ia juga mengingatkan orang ramai supaya memeriksa dan memastikan kesahihan pasport mereka dan juga memastikan ia pasport mereka, memandangkan kes lalu tersalah pasport atau pasport tidak sah membawa kepada kelewatan.
Pasport yang telah dilaporkan hilang tidak dibenarkan diguna bagi perjalanan walaupun setelah ia dijumpa kemudiannya.
Pemandu harus memeriksa keadaan lalu lintas di kedua-dua pusat pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan mereka.
Panduan lain oleh ICA termasuk berkongsi kereta, mengekalkan disiplin lorong, dan jangan bawa masuk atau keluar Singapura barang menyalahi undang-undang atau terlarang.