Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sesak, lewat dijangka di Woodlands dan Tuas sempena Hari Kebangsaan

Aug 04, 2016 | 03:30 PM



MEMANDANGKAN Hari Kebangsaan pada Selasa (9 Ogos) ini, orang ramai boleh menjangka trafik sesak di kededua pusat pemeriksaan, Woodlands dan Tuas, dan kelewatan pada 5 Ogos untuk berlepas dan pada 9 Ogos bagi ketibaan.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah mengeluarkan nasihat beserta panduan bagi orang ramai merancang perjalanan apabila menggunakan pusat pemeriksaan darat.



Kesesakan trafik tidak dapat dielak, terutama apabila bilangan besar orang menggunakan pusat pemeriksaan itu pada masa sama, kata ICA.



Bagi mengelakkan lonjakan jumlah orang dan kenderaan cuba melepasi imigresen, orang ramai dinasihatkan supaya menyesuaikan rancangan perjalanan mereka jika boleh.



Orang ramai juga diingatkan supaya memeriksa dan memastikan kesahihan pasport mereka serta memastikan ia pasport mereka, kerana kes tersalah pasport atau pasport tidak sah pernah menyebabkan kelewatan.



Pasport yang telah dilaporkan hilang tidak boleh digunakan untuk perjalanan setelah ia ditemui.



Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memeriksa keadaan trafik di kedua-dua pusat pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan.



Mereka boleh mengetahui tentang keadaan trafik terlebih dahulu melalui Sistem Pemantauan & Nasihat Ekspreswe Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang dipasang di sepanjang Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) dan Ekspreswe Bukit Timah (BKE).



Maklumat trafik juga boleh didapati daripada hotline maklumat trafik 6863-0117 atau laman web One Motoring LTA atau laman web MyTransport.SG.



ICA juga menasihatkan orang ramai supaya berkongsi kereta, mengamalkan disiplin lorong, memastikan mereka tidak membawa barang menyalahi undang-undang atau dilarang di dalam atau luar Singapura, dan menggunakan Sistem Pelepasan Imigresen Automatik yang dipertingkat di dewan bas.



Sistem itu bagi warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura serta pemegang Pas Jangka Panjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >