Sesak teruk di Tuas lepas dua kanopi roboh dek angin kencang, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Sesak teruk di Tuas lepas dua kanopi roboh dek angin kencang

Aug 03, 2016 | 10:45 AM

DUA kanopi roboh di Pusat Pemeriksaan Tuas, menyebabkan kesesakan lalu lintas bagi pengguna jalan raya menuju ke Singapura dari Johor pada pagi Rabu (3 Aug).

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mula memberi amaran kepada pengguna jalan raya mengenai kejadian itu pada 5.35 pagi.

Ia juga menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengelak menggunakan pusat pemeriksaan itu.

Dalam kemas kini pada kira-kira 10 pagi, ia memohon maaf atas kesulitan ke atas orang ramai dan berkata kanopi tersebut roboh disebabkan angin kencang dan hujan lebat.

Seorang penunggang motosikal warga Malaysia dan pemboncengnya cedera dan dihantar ke Hospital Ng Teng Fong.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Keadaan lalu lintas secara beransur-ansur kembali seperti sediakala dan kerja mengalihkan struktur yang roboh sedang dijalankan," kata ICA dalam kenyataannya.

Gambar yang disiarkan di Facebook oleh pengguna Suthen Shemu'el menunjukkan kanopi yang roboh menyekat seluruh lorong kereta.

ICA menggesa pemandu yang menggunakan Linkedua supaya memeriksa maklumat trafik terkini melalui laman web One Motoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) atau portal MyTransport.SG sebelum memulakan perjalanan.

Atas sebab-sebab keselamatan, ia berkata kereta dan motosikal dialih ke zon lain untuk pelepasan, dan menasihatkan pengguna jalan raya supaya bekerjasama dengan para pegawai di lapangan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map