Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sesi bacaan bagi galak kanak-kanak berimpian besar seperti mendiang Encik Lee Kuan Yew

Mar 07, 2016 | 02:21 PM



SEKUMPULAN murid prasekolah disajikan pada Isnin (7 Mac) sesi bercerita khas yang mengetengahkan kehidupan dan warisan mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew.



Murid K2 Sparkletots Preschool Yayasan Nasyarakat PAP (PCF) di Radin Mas itu dibacakan petikan daripada daripada 'What's Inside the Red Box', buku dengan ilustrasi yang memapar cita-cita mendiang Encik Lee bagi Singapura - melalui beg bimbit ikonik merah beliau.



Encik Sam Tan, Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pejabat Perdana Menteri), membaca buku itu kepada sebuah kelas kecil murid berusia enam tahun. Apabila selesai membaca, beliau berkata: "Sekarang giliran awak untuk buat kotak merah kecil awak sendiri!"



Buku tersebut, yang kali pertama diterbitkan pada Disember tahun lalu oleh Straits Times Press, mempunyai halaman bagi pembaca muda mengisinya dengan harapan dan impian mereka sendiri.



Sesi itu sebahagian daripada kira-kira 100 acara yang diadakan bulan ini bagi memperingati ulang tahun pertama kematian mendiang Encik Lee.



Lebih 700 naskhah buku itu, yang ditaja Mapletree Investments, telah diedar kepada semua tadika dan tajaka PCF.



Mendiang Encik Lee menggunakan kotak merah itu untuk menyimpan kertas, surat, pita kaset dan nota peribadi yang sedang beliau kerjakan pada satu-satu masa.



Kandungannya pelbagai, daripada draf tulisan tangan memoir beliau kepada komunikasi beliau dengan pemimpin asing.



Bagi kebanyakan orang, kotak kecil merah itu melambangkan dedikasi mendiang kepada Singapura dan cita-cita sangat besar beliau bagi negara ini.



Encik Tan berkata pada sesi bacaan itu: "Awak masih boleh lihat semangat rakyat - kasih sayang mereka buat beliau - masih sangat, sangat kuat."



Anggota Parlimen SMC Radin Mas itu bertanding dalam pilihan raya umum bersama mendiang Encik Lee di GRC Tanjong Pagar pada 2006. Beliau bercakap mengenai cita-cita Mr Lee: "Beliau tidak tahu apakah impian tersebut, pada masa itu, akan dapat menjadi kenyataan suatu hari nanti. Tetapi itu tidak menghalang beliau daripada mempunyai impian besar."



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PCF, Encik Victor Bay, berkata: "Kami berharap cerita ini akan memberi inspirasi kepada anak-anak kita, walaupun pada usia muda ini, dan menanam dalam diri mereka tanggapan bahawa tiada impian terlalu besar jika mereka bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka."



Buku itu boleh didapatkan pada harga $16 (termasuk GST) di kedai buku utama dan laman web Straits Times Press di at www.stpressbooks.com.sg/WHAT-S-INSIDE-THE-RED-BOX.html




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >