Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sesi dialog antara mahasiswa, pemimpin politik bincang isu semasa

Mar 17, 2022 | 05:30 AM



ISU berkaitan cukai barangan dan perkidmatan (GST) , Tabung Simpanan Pekerja (CPF), kepimpinan, stereotaip dan bahasa Melayu telah dibincangkan dalam satu dialog tertutup antara Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman dan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah bersama para pelajar universiti.



Dialog anjuran Berita Harian itu merupakan antara siri dialog yang kerap dijalankan akhbar ini bersama pemegang jawatan politik dengan pelbagai segmen masyarakat termasuk peniaga, ejen hartanah, asatizah, kumpulan seni dan pekerja 'gig'.



Ini merupakan kali pertama dialog dianjurkan bersama para mahasiswa setempat dan dijalankan secara fizikal selepas dua tahun dijalankan dalam talian.



Semasa dialog tersebut, Dr Maliki turut melahirkan rasa gembiranya ramai penuntut yang hadir pada dasarnya prihatin terhadap isu semasa dan juga yang berkaitan dengan bahasa dan budaya Melayu.



Antara yang hadir termasuk pelajar, Encik Aniq Hilman Abdullah dan Cik Nurul Aisyah Syahirah Mohamed Alias dari Universiti Nasional Singapura (NUS); Cik Hairawanie Hairdudinsah dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU); Encik Zakis Thye Mustafa dan Cik Noor Afrah Sajidah Surya Dinata dari Institut Teknologi Singapura (SIT); Encik Muhammad Firdaus Mohamed Zainol dan Encik Muhammad Danial Afiq Jamzuri dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU); serta Cik Nur Umairah Abdul Rahim dan Encik Muhammad Hakim Syarifuddin Mohamad Zin dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >