Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Sesi dialog dekati masyarakat mengenai Belanjawan 2020

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Sesi dialog dekati masyarakat mengenai Belanjawan 2020

Mar 01, 2020 | 04:46 PM

SEKITAR 180 penduduk dan sukarelawan akar umbi Bedok meraih pemahaman lebih menyeluruh mengenai Belanjawan 2020, yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat baru-baru ini, dalam satu sesi dialog selepas belajanwan pagi Ahad (1 Mac).


Selama hampir empat jam, sesi yang dinamakan ‘Bincang Belanja dan Belanjawan 2020 Bersama Ustaz Zahid Zin, Suhaimi Yusof dan Dr Maliki’ itu bertujuan mendekati penduduk masyarakat Melayu-Islam bagi membincangkan topik perbelanjaan dan Belanjawan 2020.


Sesi dialog tahunan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) East Coast GRC dan Fengshan SMC, dan disokong M3 @Bedok.


Tahun ini, sesi itu dikendalikan sedikit berbeza di mana para peserta tidak hanya dimaklumkan mengenai pakej-pakej kewangan dalam Belajanwan 2020 malah diajak untuk memikirkan tentang perbelajaan isi rumah masing-masing.


Ini termasuk melakukan latihan menyenaraikan pendapatan dan perbelanjaan tahunan mereka secara terperinci bagi melihat sendiri anggaran belanjawan masing-masing.

--

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3