Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sesi doa cerminan kekuatan S’pura sebagai satu masyarakat

Jul 23, 2021 | 09:43 PM



SESI berdoa oleh wakil berbeza agama menyusuli kejadian yang melibatkan kematian pelajar Sekolah Tinggi River Valley (RVHS) merupakan cerminan kekuatan Singapura sebagai satu masyarakat, yang bergabung secara rohani untuk bersama mereka yang terjejas oleh kejadian tragik tersebut.

Singapura juga perlu teruskan usaha memperkukuh fabrik masyarakat dan menolak “virus ketakutan, mementingkan diri sendiri, xenofobia, dan perkauman”, kata Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman pada Jumaat (23 Julai).

Beliau berkata demikian setelah wakil dan pemimpin agama berbeza dari Pertubuhan Antara Agama (IRO), berkumpul untuk berdoa buat keselamatan  pelajar di Singapura serta bagi  perpaduan negara, di Raffles Town Club.



Beliau akur bahawa semua masih sedang pulih daripada kejadian yang berlaku di RVHS pada Isnin lalu.

Justeru dalam tempoh sebegini, ia semakin penting untuk bergabung bersama dan saling mengambil berat dan memberikan sokongan.

“Kami berharap mereka menemui keamanan dan ketenangan dalam doa kami,” ujarnya sambil memberi jaminan bahawa sokongan akan terus diberikan kepada pelajar dan guru yang terjejas oleh kejadian itu.

Baca laporan penuh di akhbar Berita Harian esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >