Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Sesi interaksi hubungkan belia kepada sumber masyarakat

Jan 18, 2020 | 02:26 PM

SERAMAI 70 pelajar dan ibu bapa mereka telah berhubung dan berinteraksi dengan karyawan dari industri berbeza dan mendalami landskap kerjaya yang semakin berubah. 

Diadakan di Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy semalam (17 Jan), sesi tersebut merupakan sebahagian daripada sesi anjuran Mendaki yang bertujuan untuk melibatkan pelajar institut pengajian tinggi (IHL) dan ibu bapa mereka. 

Turut hadir semasa sesi tersebut adalah Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri dan Kesihatan) Amrin Amin. 

Sesi-sesi tersebut bertujuan untuk memperkasa dan menghubungkan belia dan ibu bapa mereka kepada sumber di peringkat masyarakat dan nasional untuk membimbing perjalanan mereka dalam menimba ilmu. 

Dalam ucapannya, Encik Amrin berkata: 

“Saya menggalakkan belia untuk terus mempertingkat diri mereka untuk mempersiapkan diri untuk masa hadapan dengan ekonomi yang bergolak dan tenaga kerja yang semakin berdaya saing. 

“Sebagai aset masyarakat, saya menggesa mereka untuk menjadi contoh kepada belia lain dengan menampilkan diri sebagai mentor atau dengan akar umbi melalui M3@Towns,” katanya. 

Sesi seterusnya akan diadakan di M3@Bedok dan M3@ Nee Soon Mac 2020. 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian