Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Sesuaikan' pekerja berusia, masa depan pelajar sains sosial antara isu dibincang webinar AMP

Apr 05, 2021 | 05:30 AM



BAGAIMANAKAH pekerja berusia boleh 'disesuaikan' dalam era industri 4.0 di tempat kerja?



Pengarah Pusat Lee Kuan Yew bagi Bandar Inovatif, Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD), Encik Poon King Wang, menyarankan tiga cara - dengan mereka semula tempat kerja supaya ia lebih mesra pekerja matang; menggalak dan menyokong mereka mendakap pendigitalan; dan membantu mereka beralih kepada kerja-kerja digemari.



Encik Poon antara empat panelis dalam webinar mengenai isu masyarakat 'Community in Review' anjuran AMP dan Pusat Penyelidikan Hal Ehwal Islam dan Melayu (Rima) baru-baru ini.



Selain topik pekerja matang, webinar bertemakan Kekal Relevan Dalam Era Digital itu antara lain juga telah menyentuh pentingnya perniagaan dan pekerja mendakap dan menjalani transformasi digital untuk merebut peluang dalam norma baru.



Menjawab pertanyaan peserta mengenai cara mengintegrasikan pekerja berusia di tempat kerja industri 4.0, Encik Poon berkata majikan boleh menyokong mereka dengan menyesuaikan reka bentuk infrastruktur tempat kerja supaya mereka selesa bekerja.



Majikan juga harus meyakinkan mereka bahawa transformasi tidak akan mendatangkan hasil negatif, sebaliknya mereka harus sentiasa digalak dan disokong menjalani perubahan.



Pekerja matang juga boleh digalak melakukan peralihan dengan melakukan kegiatan kegemaran mereka seperti bercucuk-tanam atau bekerja dalam bidang pertanian bandar.



"Kita boleh cuba pertanian bandar untuk mereka kerana jika kita lihat beberapa mereka suka melakukan kegiatan bercucuk-tanam.



"Malah saya dengar terdapat satu atau dua ladang bandar yang berpotensi untuk menggajikan pekerja matang," kata Encik Poon.



Tiga panelis lain di webinar itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) VersaFleet, Encik Shamir Rahim; Pengarah Urusan Asia, General Assembly, Cik Aziza Sheerin; dan Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Azrulnizam Shah.



Mengenai isu masa depan pelajar yang belajar bidang kemanusiaan dan sains sosial dalam era ekonomi digital ini, Cik Aziza berkata latar-belakang tersebut masih tetap relevan.



Menurutnya pengetahuan dalam bidang seperti psikologi dan etika relevan dalam kecerdasan buatan (AI) atau aplikasi kerana teknologi tersebut harus memahami kelakuan dan kepekaan peribadi pengguna, justeru mempunyai ilmu bidang itu berguna dalam menghasilkannya.



Encik Poon pula berkata pelajar di SUTD perlu mengikuti kelas kemanusiaan dan sains sosial supaya mereka lebih seimbang dalam pendidikan mereka, lantaran menunjukkan betapa penting dan relevan bidang-bidang tersebut.



Memahami data juga memerlukan pengetahuan sains sosial kerana data dengan sendirinya tidak dapat menjelaskan lebih mendalam makna di sebalik perangkaan tanpa memahami dan menganalisis psikologi dan latar-belakang sosial peniaga, ujar Encik Encik Azrulnizam.



Encik Shamir pula menambah memahami bidang sains sosial penting dalam membuat keputusan operasi harian kerana ia boleh menjejas psikologi dan kelakuan pekerja, malah CEO bersama syarikatnya mempunyai latar-belakang bidang sastera.



"Saya rasa jelas terdapat tempat (bagi mereka yang berlatar-belakangkan bidang kemanusiaan dan sains sosial), bahkan kita semakin memerlukan mereka," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >