Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Set realiti maya alih perhatian kanak-kanak semasa jalani vaksinasi

May 18, 2022 | 05:30 AM



TIDAK lama lagi, kanak-kanak yang mendapatkan vaksin di poliklinik akan diberikan set kepala realiti maya (VR) untuk mengalih perhatian mereka daripada kesakitan dan kebimbangan semasa menerima suntikan.



Perisian VR, Silver, menggambarkan sebuah cerita selama dua minit dan ia memberikan alternatif kepada mainan interaktif dan klip video animasi yang kini digunakan untuk mengalih perhatian kanak-kanak daripada prosedur perubatan yang menyakitkan.



Sebaik sahaja kanak-kanak memakai set kepala VR, mereka akan melihat buku dan menara kristal biru yang terapung di atas.



Avatar bernama Burp akan kemudiannya meminta kanak-kanak itu untuk membantunya dalam menghidupkan cahaya menara kristal itu.



Burp juga akan menggunakan tongkat saktinya untuk menepuk bahu kiri kanak-kanak bertepatan dengan titik suntikan seolah-olah diaktifkan untuk membolehkan kuasa ajaib mengalir darinya ke menara kristal.



Jururawat boleh melihat perkembangan cerita itu menerusi tablet untuk menyelaraskan pemberian vaksin.



Untuk membangunkan perisian itu, kajian yang dijalankan oleh SingHealth Polyclinics (SHP) melibatkan 20 kanak-kanak berumur empat hingga sepuluh tahun semasa reka bentuk avatar, Burp, dilakukan.



Pasukan itu juga bekerjasama dengan saintis dari Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE) dan jururawat yang berpengalaman untuk membangunkan jalan cerita yang membuatkan kanak-kanak lebih berminat dengannya.



Semasa taklimat media maya semalam, Dr Chang Zi Ying, perunding bersekutu dan pengarah klinik SHP-Sengkang berkata:



"Berbanding dengan menonton video YouTube di iPad di mana kanak-kanak itu masih boleh sedar akan gerak-geri jururawat serta jarum vaksin itu, aplikasi VR membenamkan kanak-kanak sepenuhnya ke dalam persekitaran simulasi lain, yang mengurangkan isyarat kesakitan."



Kajian itu juga merekrut satu lagi kumpulan 30 kanak-kanak berumur empat hingga sepuluh tahun di SHP-Sengkang dan secara rawak dimasukkan ke dalam kumpulan intervensi ataupun kumpulan kawalan yang mempunyai 15 kanak-kanak.



Kanak-kanak dalam kumpulan intervensi memakai set kepala VR untuk melihat animasi VR semasa vaksin diberikan, dan mereka dalam kumpulan kawalan menjalani imunisasi tanpa melihat animasi VR.



Keputusannya menunjukkan pengurangan ketara dalam skor kebimbangan kanak-kanak dalam kumpulan intervensi, berbandingkan dengan kumpulan kawalan.



Bagaimanapun, menurut pasukan penyelidik, tiada perbezaan ketara dalam skor kesakitan antara kedua-dua kumpulan, mungkin disebabkan oleh bilangan peserta yang kecil dalam kajian perintis.



Tahap kebimbangan ibu bapa yang menemani kanak-kanak itu juga merosot dengan ketara dalam kumpulan intervensi berbandingkan kumpulan kawalan.



Tidak terdapat perbezaan yang besar dalam tahap kebimbangan jururawat dalam kedua-dua kumpulan.



Dr Chang berkata keputusan itu menunjukkan kemungkinan menggunakan teknologi sedemikian dalam imunisasi kanak-kanak.



Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Frontiers in Paediatrics pada Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >