Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Setelah 2 tahun menyepi, ribuan banjiri Marina Bay raikan 2023

Warga turut berkumpul di kawasan tarikan kejiranan sambut Tahun Baru
Jan 02, 2023 | 05:30 AM



RIBUAN rakyat Singapura bergembira menyambut tahun baru 2023 dengan pertunjukan bunga api warna-warni dan gah yang menerangi langit malam di kawasan Marina Bay kelmarin.



Ramai yang datang bersama keluarga dan rakan-rakan mereka - ada yang seawal petang kelmarin untuk mendapatkan tempat terbaik untuk menyaksikan pertunjukan bunga api dan dron itu.



Ribuan orang berkumpul di sepanjang Jambatan Esplanade hingga ke Merlion Park di kawasan Marina Bay itu malam kelmarin.



Ada yang mengunjungi kawasan itu bagi menonton persembahan di The Float@Marina Bay sebelum pertunjukan bunga api bermula.



Jambatan tersebut telah ditutup kepada kenderaan bagi membolehkan orang ramai berjalan dengan bebas.



Selain acara sambutan di kawasan Marina Bay, orang ramai turut meraikankedatangan tahun baru dengan menyertai acara yang dianjurkan Persatuan Rakyat (PA) di kawasan kejiranan serata negara.



Antara mereka yang berpeluang menyambut tahun baru di kawasan Marina Bay ialah pegawai teknikal, Encik Mokhsen Mohd Noor, 47 tahun.



"Ia menyeronokkkan kerana ini kali pertama saya menonton pertunjukan bunga api secara langsung pada tahun baru. Suasananya begitu meriah dan seronok melihat semua orang berkumpul, terutamanya selepas pandemik ini.



"Saya paling nikmati pertunjukan bunga api kerana ia sangat megah. Bunga api sudah pun bermula sebelum 11 malam dan berlangsung sepanjang tengah malam," kata beliau.



Cik Sarah Mustaffa, seorang pelajar Politeknik Republic (RP) berusia 19 tahun, pula berkongsi beliau telah berada di kawasan Marina Bay sejak petang untuk mendapatkan tempat terbaik bagi menonton pertunjukan bunga api dan dron selama 80 minit.



"Meskipun ini bukan kali pertama saya menonton pertunjukan dron itu, saya masih terpesona dengan seni pertunjukan yang mereka lakukan setiap tahun! Orang di sekeliling saya tersentak apabila melihat pertunjukan dan gerakan dron yang berbeza.



"Mengalami detik kira ke 2023 bersama orang ramai merupakan sesuatu yang tidak akan saya lupakan. Orang ramai, tidak kira latar belakang, bercakap dan bertepuk tangan bersama-sama dalam sambutan Tahun Baru," kata beliau.



Dek jumlah orang yang terlalu ramai, polis menutup kawasan Merlion Park buat sementara waktu demi keselamatan pada awal petang Sabtu selepas ia mencapai kapasiti penuhnya.



Lewat petang itu, akses ke Jambatan Jubilee, Marina Bay Sands Event Plaza dan Fullerton Waterfront, yang termasuk Merlion Park, ditutup dan polis menasihatkan orang awam supaya mengelak kawasan tersebut.



Polis, yang telah menjangkakan 500,000 orang hadir di kawasan Marina Bay, telah mengerahkan dron untuk memantau jumlah dan gerakan orang ramai.



Dron tersebut mempunyai pembesar suara untuk menyiarkan bunyi siren dan mesej keselamatan awam, termasuk arahan tentang apa yang perlu dilakukan dalam kecemasan.



Sementara itu di Tampines, penduduk dapat menikmati persembahan Countdown To Magical Moments 2023 di Our Tampines Hub, di samping pertunjukan bunga api.



Di Bukit Panjang pula, penduduk meraikan kedatangan tahun baru melalui acara yang menampilkan pelbagai kegiatan mesra keluarga di Kelab Masyarakat Bukit Panjang dan juga pertunjukan cahaya laser di kawasan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >