Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majulah Singapura: ACARA PERBARISAN

Setelah 40 NDP, ME3 Abdul Razak ucap selamat tinggal

Perbarisan dan Upacara Hari Kebangsaan tahun ini melibatkan lebih 2,000 peserta daripada sebanyak 37 kontigen fizikal dan secara maya, termasuk kontigen pertubuhan sosial dan ekonomik serta belia. Sedang Singapura menyambut ulang tahun ke-55 Perkhidmatan Negara (NS55), perbarisan tahun ini juga akan memberi penghormatan istimewa kepada anggota Perkhidmatan Negara atas sumbangan dan pengorbanan mereka serta sokongan yang diberi majikan dan keluarga mereka. Antara pertunjukan perbarisan dan upacara itu adalah tatu ketenteraan, yang antaranya menampilkan Pancaragam Angkatan Bersenjata Singapura.
Aug 10, 2022 | 05:30 AM



SEPANJANG empat dekad tanpa gagal, apabila jatuhnya tarikh 9 Ogos, ia adalah "show time" bagi anggota veteran Pancaragam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) Pakar Ketenteraan Tiga (ME3) Abdul Razak Mohammad Noor.



Sejak menyertainya pada 1982 berturut-turut, Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) adalah hari yang beliau nantkan untuk menyerlahkan standard tinggi Pancaragam SAF kepada seluruh rakyat Singapura.



Malah, kerjaya sepanjang dua pertiga kehidupannya itu telah menawarkannya banyak pengalaman pahit dan manis.



Ini termasuk pengalaman menjadi pengambil air, atau water boy, semasa NDP, sehinggalah bertemu jodoh semasa bertugas dalam pancaragam dan kini menyandang jawatan sebagai penasihat jawatankuasa Perbarisan dan Upacara NDP.



Namun, NDP tahun ini, yang merupakan yang ke-40 bagi bapa empat anak dan datuk lima cucu itu, adalah amat istimewa.



Ia kerana ia adalah NDP terakhir buat ME3 Abdul Razak, yang pada usia 60 tahun, bakal akan bersara dari perkhidmatan.



"Hati saya terasa sangat pilu," katanya, yang dikenali sebagai Abang 'Bom!', kerana asyik meniru bunyi dram besar semasa menjalankan latihan.



"Sepanjang 40 tahun ini adalah sumbangan saya kepada negara.



"Saya bertahan dan bertugas dalam pancaragam bukan untuk mendapat sebarang penghargaan, tetapi untuk berkongsi pengalaman dan ilmu saya kepada orang lain," jelasnya, ketika ditemui di Pentas Terapung Marina Bay, lokasi secara fizikal NDP tahun ini, setelah dua tahun ditiadakan ekoran Covid-19,



ME3 Abdul Razak memulakan kerjayanya sebagai Rekrut dalam Pancaragam Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) sebagai pemain klarinet pada 1982, kerana ingin mendalami minatnya dalam muzik.



Beliau membesar dengan keluarga yang turut mencintai muzik.



Ayahnya seorang pemain gitar dan beliau sendiri bijak bermain saksofon dan keyboard.



Pada 1987 beliau dinaikkan pangkat kepada Sarjan dan juga dilantik sebagai Mejar Dram Pancaragam RSN.



Tahun itu juga tahun beliau bernikah dengan isterinya, Cik Norsabah Khatoon Aziz Khan Surattee, pemain klarinet yang ditemuinya semasa di Pancaragam RSN yang berusia enam tahun lebih muda daripadanya.



Mereka telah mendirikan rumah tangga selama 35 tahun.



ME3 Abdul Razak kemudian dilantik sebagai Mejar Pancaragam RSN dan pada 1994 menyaksikan Pancaragam RSN, Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), dan SAF digabungkan sebagai satu pancaragam.



Beliau dilantik sebagai Mejar Pancaragam terunggul SAF, iaitu Pancaragam Pusat apabila tiga pancaragam itu digabungkan.



Selepas dinaikkan pangkat kepada Pegawai Waran Kedua pada 1998, beliau diberi jawatan Sarjan Mejar Regimen Pancaragam SAF pada 2002.



ME3 Abdul Razak, ketika ditemui, berkata hatinya dipenuhi kepuasan, namun juga rasa pilu menjelang NDP terakhirnya.



"Kadang-kadang, saya duduk di Pentas Terapung ini dan menangis sebab saya akan bersara. Tapi saya akan memberikan segalanya - seluruh hati dan jiwa saya demi negara," katanya.




"Sepanjang 40 tahun ini adalah sumbangan terbesar dari saya kepada negara.

Saya bertahan dan bertugas dalam pancaragam bukan untuk mendapat sebarang penghargaan, tetapi untuk berkongsi pengalaman dan ilmu saya kepada orang lain."

- ME3 Abdul Razak Mohammad Noor.




SEKITAR NDP



"Setelah berbulan lamanya berlatih di gimnasium dan dataran perbarisan, saya amat teruja akhirnya tiba masanya bagi saya untuk berbaris di sambutan NDP.

Apabila saya berdiri di atas pentas berdepan dengan ribuan rakyat Singapura, saya rasa kebanggaan dan kepuasan yang sukar digambarkan, dan kegembiraan yang tidak terkata melihat suasana meriah warga menyambut Hari Kebangsaan bersama."

- ME4 Nur Fadilah Jubir, mewakili Ibu Pejabat Khidmat Perubatan (HQ Medical Corps) dalam Kontinjen Pembawa Panji-panji Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



"Saya dan rakan-rakan ditugaskan untuk membentangkan bendera Singapura di atas pentas dengan masa kurang 40 saat. Kami pastinya rasa tekanan kerana selepas itu ia merupakan detik berikrar serta nyanyian lagu kebangsaan, jadi memang tiada ruang untuk kesalahan. Memang mencabar tapi ia adalah satu penghormatan terbesar bagi saya."
- 2SG Mohammed Irshad Mohammed Ali, anggota Perkhidmatan Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >