Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Setem rai Wanita SG

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



SETEM bagi menyambut Tahun Merai Wanita SG dilancarkan semalam.



Rekaannya dihasilkan Cik Casey Ng daripada perusahaan sosial Fashion Runway yang membangkit semangat individu kurang upaya menerusi fesyen, dan pereka setem Singapore Post, Cik Agnes Tan.



Memberi pengamatannya tentang pelancaran setem ini, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:



"Saya khususnya tertarik dengan cara mereka (pereka setem) secara bijak menghasilkan semula logo Merai Wanita SG dengan kata-kata yang meliputi nilai dan ciri Wanita SG.



"Wanita SG memainkan peranan penting dalam kemajuan sosial kolektif kita dan saya harap warga Singapura akan terus mengiktiraf sumbangan serta pengorbanan mereka di kala kita meraikan pencapaian mereka.



"Secara bersama, kita boleh memainkan peranan kita dalam mengalihkan pola fikir masyarakat dan memupuk masyarakat lebih adil dan inklusif di mana lelaki dan wanita disokong untuk mencapai potensi sepenuhnya."



Setem Merai Wanita SG ini boleh diperolehi di semua pejabat SingPost dan boleh ditempah dalam talian https://shop.singpost.com/banners/celebrating-sg-women.html.



Dalam pada itu, Encik Masagos turut menarik perhatian betapa rekaan pada setem ini mengingatkan tentang bunga kebangsaan, iaitu anggerik Vanda Miss Joaquim.



Ini kerana logo Merai Wanita SG meraih inspirasi daripada anggerik itu manakala tiga siluet yang disisipkan dalam logo itu menggambarkan masa silam, hari ini dan masa depan Wanita SG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >