Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Sethuraman: Tinggalkan kunci kereta dengan jiran bila ke luar negara

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

MERAI HARI KEHARMONIAN KAUM

Sethuraman: Tinggalkan kunci kereta dengan jiran bila ke luar negara

Jul 21, 2022 | 05:30 AM

Jiran, kawan, sehaluan

Hubungan kaum yang harmoni di Singapura begitu menyerlah dalam kalangan penduduk yang hidup berjiran di kawasan kejiranan kita. Di sinilah penduduk pelbagai kaum dan dari latar belakang berbeza menjalinkan ikatan persahabatan yang bermakna lagi abadi. Sempena Hari Keharmonian Kaum, BERITA HARIAN bersembang dengan tiga jiran berbeza bangsa tentang bagaimana warna kulit tidak menjadi hambatan untuk menjalin hubungan yang sejati.


APABILA Encik Sethuraman Alagappan dan keluarganya pergi ke India selama sebulan Disember lalu, beliau memberi kunci keretanya kepada jiran beliau, Encik Edmund Hsiuh, untuk 'tengok-tengokkan' keretanya semasa beliau sekeluarga berada di luar negara.

"Kalau minta bantuan daripada sesiapa saja dan serahkan kunci kereta saya kepada mereka... bimbang mereka mungkin menyalah guna, tapi Edmund seorang yang saya percayai dan beliau tinggal di blok yang sama.

"Saya ada saudara-mara di sini juga tetapi mereka tidak boleh memandu dan kalau mereka boleh memandu pun, mereka tinggal jauh dari saya.

"Jadi kalau ada kawan baik yang juga jiran saya dan saya sudah lama mengenalinya, lebih baiklah saya minta bantuannya untuk menjaga kereta saya," ujar bapa dua anak itu yang tinggal di Blok 251 Choa Chu Kang Avenue 2 sejak 2003.

Encik Sethuraman, 49 tahun, tinggal di tingkat 13 manakala Encik Hsiuh, 47 tahun, tinggal di tingkat 14.

Rasa saling percaya antara dua jiran itu adalah hasil persahabatan yang dipupuk sejak mereka mula berkenalan menerusi kegiatan akar umbi di kejiranan mereka tujuh tahun lalu.

Minat sama yang dikongsi Encik Sethuraman bersama Encik Hsiuh serta seorang lagi jiran mereka, Cik Siti Herawati Mohd Harun, 60 tahun, untuk melakukan kerja sukarela dan membantu penduduk lain di kejiranan mereka juga membolehkan Encik Sethuraman memahami tradisi dan amalan budaya satu sama lain dengan lebih mendalam.

Ini juga dapat memperkukuh rasa saling menghormati dan memahami antara mereka, yang dapat mengubah perbezaan antara mereka menjadi kekuatan.

Menurut Encik Sethuraman, beliau telah mengenali Cik Siti Herawati, yang tinggal di blok sebelahnya, hampir 15 tahun.

Menerusi pelbagai kerja sukarela yang mereka lakukan bersama seperti mengagih bubur kepada penduduk semasa Ramadan, rakan kongsi sekutu di sebuah syarikat perbankan dan kewangan itu berkata beliau dapat memahami lebih mendalam tentang amalan masyarakat Muslim setempat semasa bulan suci itu daripada Cik Siti Herawati serta jiran Muslim lainnya.

Daripada situlah hubungan mereka bertambah erat, lebih daripada saling memahami perbezaan antara satu dengan lain, bahkan mendakapnya dan memupuk rasa saling percaya ibarat sebuah keluarga besar.

Menurut Encik Sethuraman, hubungan beliau dengan jiran tetangganya begitu erat hingga ia lebih daripada sekadar hubungan antara pemimpin akar umbi kini tetapi teman baik yang tinggal 'sekampung', meraikan sambutan perayaan satu sama lain dan bertukar makanan tidak kira ada perayaan atau tidak.

Malah tambahnya, beliau juga sering bertukar tip membesarkan anak dengan Encik Hsiuh yang mempunyai anak perempuan yang sebaya dengan anak lelakinya.

"Kalau kita hidupkan rasa saling menghormati dan memahami ini... kita boleh berkawan dengan lebih ramai orang tanpa mengira bangsa atau agama dan ini akan menjadikan masyarakat kita lebih kukuh," ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3