Setia jaga isteri kurang upaya hampir 50 tahun, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Setia jaga isteri kurang upaya hampir 50 tahun

Jan 28, 2021 | 05:30 AM

WALAUPUN dilahirkan dengan lubang di jantung dan kaki dipotong, Encik Ismail Abdul Majid tetap setia menjaga isterinya hampir 50 tahun.

Isterinya, Cik Sumiah Kemat, 70 tahun, menghidapi penyakit gangrene di mana kehilangan bekalan darah menyebabkan kedua-dua kakinya dipotong.

Mengongsi kisahnya dengan Berita Harian (BH), Encik Ismail berkata beliau bertemu isterinya yang tidak dikenali ketika beliau berusia 23 tahun dan sedang bermain sepak takraw di bawah blok.

Waktu itu, beliau melihat Cik Sumiah mempunyai kulit yang pucat, bibir 'biru' serta hujung jari dan jari kaki berwarna kelabu.

Mengenal pasti bahawa ia merupakan tanda-tanda penyakit jantung, Encik Ismail mula rasa risau dan memutuskan untuk mengikut Cik Sumiah pulang ke rumah untuk memaklumkan mengenai keadaan Cik Sumiah kepada ibu bapanya.

Discover Malay Home Based Businesses

"Saya pernah belajar di sekolah mengenai tanda-tanda penyakit jantung. Jadi bila saya melihatnya, saya rasa tidak sedap hati.

"Apabila saya berjumpa ibu bapanya, saya menasihati mereka untuk membawa anak mereka ke hospital untuk mendapatkan menjalani pemeriksaan dan rawatan secepat mungkin.

"Ketika itu, saya tidak terfikir pun bahawa beliau akan menjadi isteri saya. Saya hanya sebagai orang asing tergerak hati untuk melakukan sesuatu.

"Ini semua kuasa Tuhan, kita hanya mengikut rancangannya sahaja," kata Encik Ismail, yang kini berusia 72 tahun.

Setelah lima tahun berkenalan bersama Cik Sumiah, mereka kemudian dijodohkan untuk berkahwin oleh keluarga mereka.

Namun, pada tahun 2017 mereka ditimpa dengan cabaran yang baru apabila kaki kiri Cik Sumiah mula bertukar menjadi hitam kerana penyakit gangrene dan terpaksa memotong kakinya untuk menghentikan penularan penyakit itu ke bahagian tubuh yang lain.

Pada awalnya beliau hanya memotong kaki kirinya tetapi pada 2018, beliau terpaksa memotong kaki kanannya pula.

"Gangrene itu terjadi kerana darah tidak mengalir kepada kakinya.

"Menurut doktor walaupun isteri saya telah menjalani pembedahan beberapa tahun yang lalu, ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan.

"Dari situ, saya hanya dapat membantu dan memberi sokongan sahaja kepada isteri saya," ujarnya.

Sebagai penjaga utama Cik Sumiah, Encik Ismail kini melakukan segalanya - dari memasak, membersihkannya serta membawa isterinya ke sesi dialisis atau ke Hospital Besar Changi untuk rawatan.

Encik Ismail merupakan antara penjaga yang telah dianugerahkan Anugerah Kemanusiaan Penjagaan Kesihatan (HHA) yang disokong oleh Dana Ketabahan.

Dana itu memberi pengiktirafan kepada penjaga utama dan pekerja jagaan kesihatan yang melakukan luar daripada tugas mereka untuk membantu orang lain.

Encik Ismail tidak menjangkakan pengiktirafan itu beliau melahirkan perasaan bersyukur.

"Terkejut apabila saya menerima berita itu.

"Saya jaga isteri saya ini bukan mengharapkan apa-apa pun. Saya bersyukur sangat kerana ini bukan sahaja usaha diri saya sendiri tetapi lebih ramai orang yang telah membantu kami," katanya.

Walaupun beliau memikul tanggungjawab yang besar untuk menjaga isterinya yang sakit, Encik Ismail tidak pernah mengeluh.

"Bukan muda untuk menjaga seorang yang sakit. Kadangkala penat juga. Tetapi kami hanya berdua sahaja di rumah. Tidak mungkin saya dapat tinggalkannya di rumah.

"Walaupun kami mempunyai anak-anak, saya tidak pernah ingin menyusahkan mereka untuk turut menjaga ibu mereka kerana saya masih melakukannya.

"Saya hanya selalu meminta mereka untuk mendoakan supaya saya dapat panjang umur dan menjaga ibu mereka sebaik mungkin," ujar beliau, yang mempunyai tiga orang anak dan lapan orang cucu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map