Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Setiap estet HDB akan dibina, dijaga dengan baik: PM Lee

Mar 26, 2023 | 05:58 PM



DI MANA pun bandar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang didiami atau sejauh mana pun popular kawasannya, rakyat Singapura boleh diyakinkan bahawa setiap bandar akan dirancang dan dijaga dengan baik serta mempunyai kemudahan terkini yang memenuhi keperluan hidup.



Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loon berkata, memang tidak dapat dielakkan bagi sesetengah bandar lebih popular daripada yang lain, namun pemerintah akan berkerja keras untuk memastikan setiap bandar HDB sangat selesa didiami, dengan sekolah, klinik, tempat makan, kemudahan sukan dan perhubungan pengangkutan yang baik di dalam bandar dan juga dengan seluruh kawasan di pulau ini.



“Ini adalah janji kerajaan PAP kepada semua rakyat Singapura: bahawa flat HDB anda akan menjadi rumah yang baik untuk anda dan keluarga anda, dan menjadi sarang yang berharga untuk persaraan anda,” ujar beliau.



Encik Lee Hsien Loong berkata demikian ketika berucap di majlis pecah tanah bagi pembangunan bersepadu seluas 0.9 hektar di Yishun, dikenlai sebagia Chong Pang City, yang akan siap menjelang 2027.



PM Lee berkata Bandar Chong Pang hanyalah satu contoh daripada apa yang telah dilakukan oleh pemerintah di seluruh Singapura, iaitu bukan sahaja membina rumah, bahkan membangunkan semula kawasan lama secara progresif untuk menyegarkan persekitaran kediaman mereka dengan rumah, kemudahan dan infrastruktur baharu.



“Kami mahu setiap bandar HDB kami, baharu atau lama, berkualiti tinggi,” katanya.



Kebanyakan bandar mendapati ini amat sukar untuk dicapai, dengan beberapa kawasan yang sangat bagus dan yang dikunjungi pelancong, tetapi juga kawasan kejiranan yang tertinggal dan rosak, dan di mana infrastruktur seperti rangkaian pengangkutan kurang, katanya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >